awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi sedia laluan khusus untuk warga emas, OKU di Masjidil Haram
Pope Leo sedih Rusia enggan setuju gencatan senjata menjelang sambutan Krismas
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja mati lemas ketika mandi di kolam binaan

Mohd Nazrin Hamdan
Mohd Nazrin Hamdan
27/06/2022
02:00 MYT
Remaja mati lemas ketika mandi di kolam binaan
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) ketika melakukan operasi pencarian di permukaan. - Foto JBPM Sarawak
SARIKEI: Seorang remaja ditemui mati lemas selepas empat jam hilang ketika mandi bersama-sama rakannya di sebuah kolam di Jalan Kin San dekat sini pada Ahad.
Menurut Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, mangsa yang identitinya dikenal pasti sebagai Terry Leon Zi Jun, 13, dilaporkan tenggelam dan hilang sekitar jam 8.35 malam.
"Sejurus menerima maklumat, pihak kita segera mengaktifkan sebuah kenderaan utiliti dengan kekuatan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei ke lokasi.
Setibanya mereka di sana, pasukan mengesahkan berlaku kejadian lemas, dengan selipar mangsa ditemui di tebing kolam berkenaan.
"Sejurus maklumat berjaya dikumpul, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kemudian memulakan operasi pencarian di permukaan.
"Pencarian bagaimanapun ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam setelah gagal menemui sebarang petunjuk.
Pun begitu kata Ling Hii, sekitar jam 12.30 malam, Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei dimaklumkan bahawa mangsa telah berjaya ditemui oleh anggota keluarganya, apabila timbul di permukaan berhampiran jentera pengorek tanah di kolam terbabit.
"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Balai Polis Sarikei, menyebabkan pasukan kita bergegas ke sana untuk melakukan pengesahan dan pelaporan lanjut.
Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk prosedur bedah siasat.
Topic Berkaitan
#remaja
#lemas
#kolam
#Terry Leon Zi Jun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan