awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut, 4 melecur kena renjatan elektrik ketika kait umpan tersangkut pada kabel

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
31/10/2024
03:50 MYT
Remaja maut, 4 melecur kena renjatan elektrik ketika kait umpan tersangkut pada kabel
Kejadian renjatan elektrik berlaku ketika kumpulan remaja itu cuba mengait umpan yang tersangkut pada kabel elektrik. - Gambar/ PDRM
PADANG TERAP: Seorang remaja lelaki maut manakala empat yang lain cedera selepas terkena renjatan elektrik di kawasan sawah, di Kampung Tanjung Putus, di sini, pada Rabu.
Dalam kejadian itu, Muhammad Hariyz Akief Noraimi, 14, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Nerang.
Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap, Asisten Superintendan (ASP) Yukhrul Mohd Yusof, berkata kejadian dipercayai berlaku pada jam 6.30 petang ketika mangsa bersama empat rakannya pergi ke kawasan itu untuk mengambil umpan pancing tiruan yang tersangkut pada kabel elektrik.
Beliau berkata, seorang daripada rakan mangsa naik ke atas tempat duduk motosikal dan cuba mengait umpan tiruan itu menggunakan sebatang galah aluminium.
"Ketika itu, mangsa (Muhammad Hariyz) bersama rakan-rakannya yang lain memegang motosikal supaya tidak terjatuh.
"Ketika cuba mengait umpan tiruan itu, secara tiba-tiba mereka berlima terkena renjatan elektrik sehingga menyebabkan semua mereka pengsan.
"Keempat-empat rakan mangsa (Muhammad Hariyz) sedar kembali tidak lama kemudian namun mangsa (Muhammad Hariyz) tidak sedarkan diri.
"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Nerang oleh penduduk kampung dan setibanya di hospital, pegawai perubatan mengesahkan Muhammad Hariyz meninggal dunia," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Beliau berkata, mayat Muhammad Hariyz dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.
Katanya, empat lagi remaja berusia 15, 16 dan 19 tahun yang melecur di kaki, badan serta muka, sedang menerima rawatan di HSB.
Topic Berkaitan
#renjatan elektrik
#kabel elektrik
#kait umpan
#remaja maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan