awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban tanah runtuh Bandung Barat meningkat kepada 16 orang
Lebih 4,000 wanita di Melaka jalani saringan ujian HPV DNA - Exco
Empat kanak-kanak maut, tiga cedera dalam perlanggaran lori-trisikal di Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut, adik cedera parah motosikal langgar lori

Sinar Harian
Sinar Harian
18/07/2025
03:10 MYT
Remaja maut, adik cedera parah motosikal langgar lori
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya cedera parah selepas motosikal mereka melanggar sebuah lori di Jalan Parit Lanjut, Pagoh pada Khamis. - Foto IPD Muar/Sinar Harian
MUAR: Seorang remaja maut manakala adiknya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Parit Lanjut, Bukit Pasir, Pagoh pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada orang awam pada jam 12 tengah hari.
“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila seorang lelaki warga tempatan berusia 61 tahun sedang memandu sebuah lori dari arah Parit Naib Kadir menuju ke Parit Lanjut.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu lori telah berhenti di persimpangan dan setelah memastikan lalu lintas selamat, dia membelok ke kanan jalan untuk masuk ke simpang di sebelah kanan.
“Ketika lori berkenaan membelok, motosikal yang ditunggang seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan dibonceng adiknya berusia enam tahun yang datang dari arah belakang telah melanggar lori tersebut,” katanya.
Menurut beliau, akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, pembonceng motosikal pula mengalami kecederaan parah di kepala serta muka, dan kini sedang dirawat di Zon Merah, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Noor Khairun Izham Nor Yusry di talian 013-9121508, atau tampil ke Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk membantu siasatan,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muar
#motosikal langgar lori
#remaja maut
#penunggang motosikal maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan