awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut kereta terbabas masuk dalam tali air

Aida Aziz
Aida Aziz
17/04/2025
21:20 MYT
Remaja maut kereta terbabas masuk dalam tali air
Sebuah Proton Iswara dinaiki empat mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke dalam tali air dekat Parit 9, Jalan Labu Kubong, teluk Intan petang semalam, mengakibatkan seorang remaja maut. - Foto JBPM Perak
TELUK INTAN: Seorang remaja lelaki maut manakala tiga lagi terselamat setelah kenderaan jenis Proton Iswara yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam tali air dekat Parit 9, Jalan Labu Kubong, di sini petang semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan ke lokasi dan mendapati kejadian melibatkan semua mangsa lelaki berusia 18 tahun.
"Tiga orang mangsa dikeluarkan oleh orang awam, seorang lagi didapati maut, tidak tersepit, di lokasi kejadian, setelah disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Anggota bomba melaksanakan kerja-kerja mengeluarkan mangsa lalu menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Operasi membabitkan seramai lapan orang anggota itu tamat jam 3.38 petang.
Topic Berkaitan
#JBPM Perak
#Tali air
#kereta terbabas
#Teluk Intan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan