Seorang remaja maut manakala ibunya parah selepas Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang dinaiki bersama ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan.

Nahas berlaku di kilometer 294.7 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) kira-kira jam 4 pagi Jumaat.

Nahas itu menyebabkan mangsa Darwish Haykal Mohd Rizalmi, 14, maut di tempat kejadian manakala ibunya Jaslina Abdullah, 40, parah di bahagian kepala.

Ketika kejadian mangsa bersama ahli keluarganya yang menaiki kereta jenis BMW X6 dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.


Susulan kejadian itu juga SUV berkenaan juga dikatakan berpusing beberapa kali dan bergesel dengan pembahagi jalan lalu terbabas di hadapan treler. - F oto Astro AWANI

Sejurus tiba di lokasi kejadian SUV yang dipandu Mohd Rizalmi Md Romali, 40, dikatakan hilang kawalan dan terlanggar bahagian belakang sebelah kanan sebuah treler.

Susulan kejadian itu juga SUV berkenaan juga dikatakan berpusing beberapa kali dan bergesel dengan pembahagi jalan lalu terbabas di hadapan treler.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut manakala semua mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.