awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB tubuh pasukan siasat pekerja kontraktor maut dirempuh BMW

Sinar Harian
Sinar Harian
17/07/2023
04:28 MYT
TNB tubuh pasukan siasat pekerja kontraktor maut dirempuh BMW
Pada Sabtu, kemalangan terjadi di Kilometer 83, Jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang, mengakibatkan kematian Muhammad Hirzan, pekerja kontraktor TNB yang sedang membuat kerja-kerja penyelenggaraan kabel. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menubuhkan pasukan bagi menyiasat kejadian seorang pekerja kontraktor terkorban dirempuh sebuah kereta BMW ketika membuat kerja-kerja penyelenggaraan kabel di Kluang pada Ahad.
Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan TNB dalam satu kenyataan memberitahu, siasatan berkenaan adalah selaras dengan dasar operasi syarikat yang memberi keutamaan kepada keselamatan.
"TNB akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan.
"PDRM dipetik sebagai melaporkan bahawa sebuah kereta BMW terbabas lantas merempuh sebuah kereta dan mesin pengorek (backhoe) di tepi jalan sebelum melanggar kedua-dua mangsa. Kes itu kini dalam siasatan pihak polis," menurut kenyataan itu.
TNB mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan juga bersimpati atas kejadian yang menimpa Allahyarham Muhammad Hirzan Aiman Mazni, 23, serta rakan sekerjanya, Amirul Haiqal Shor yang mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Kluang.
"Kedua-dua mangsa adalah pekerja Syarikat JM Letrik Sdn Bhd yang sedang membuat kerja-kerja korekan di kawasan jalan berkenaan bagi tujuan untuk rentangan kabel," jelas kenyataan tersebut lagi.
Pada Sabtu, Muhammad Hirzan maut manakala Amirul cedera selepas dilanggar sebuah kereta BMW di Kilometer 83, Jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan yang berlaku pada pada jam 3 petang itu mengakibatkan Muhammad Hizran meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada kepala dan badan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#TNB
#BMW
#keselamatan pekerja
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan