awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut, rakan parah motosikal dinaiki rempuh treler

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
18/12/2022
04:57 MYT
Remaja maut, rakan parah motosikal dinaiki rempuh treler
Seorang remaja maut manakala rakannya parah apabila motosikal yang dinaiki mereka merempuh sebuah treler di KM 91.3 Lebuhraya Utara Selatan. - Gambar ihsan PDRM
SUNGAI PETANI: Seorang remaja maut manakala rakannya parah apabila motosikal yang dinaiki mereka merempuh sebuah treler di KM 91.3 Lebuhraya Utara Selatan.
Pembonceng, Nur Irfan Syahril Abdullah, 15, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 9.48 malam itu, mangsa bersama seorang lagi rakan yang menunggang motosikal jenis Honda Vario datang dari arah Alor Setar menghala Sungai Petani tidak nampak treler yang berhenti di lorong kecemasan lalu merempuh bahagian belakang kenderaan itu.
“Impak perlanggaran yang kuat menyebabkan pembonceng motosikal maut serta-merta di lokasi kemalangan manakala penunggang berusia 18 tahun mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zaidy berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.
Sementara itu, penunggang yang parah kini dilaporkan berada di Zon Merah hospital sama.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Topic Berkaitan
#remaja maut
#rakan parah
#motosikal rempuh treler
#Lebuhraya Utara Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan