SUNGAI PETANI: Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini atas dua pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan dua pemotong rumput maut dalam kemalangan 7 Mei lalu.
Tertuduh yang berusia 17 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Fazlina Musa.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang juga pelajar didakwa memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) milik bapanya secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang pekerja pemotong rumput Siouca Chakma, 21, pada 11.10 pagi di Jalan Pintasan Semeling, 7 Mei lalu.
Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memandu secara bahaya sehingga menyebabkan seorang lagi pekerja pemotong rumput Akter Kamal Hosen, 33, cedera parah pada tarikh, waktu dan tempat yang sama.
Bagaimanapun, Akter Kamal meninggal dunia dua hari selepas kemalangan tersebut berlaku akibat kecederaan parah.
Bagi dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun serta maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Preeyaa manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norfarahazlinda Zahari.
Mahkamah menetapkan 27 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan juga laporan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.
Dalam kejadian 7 Mei lalu dua pemotong dirempuh sebuah MPV ketika sedang berehat di bahu jalan di Jalan Pintasan Semeling berhampiran Taman Malinja, Bedong.
Seorang daripadanya maut di hari kejadian sementara rakannya pula meninggal dunia dua hari berikutnya.
Siasatan lanjut mendapati MPV terbabit dipandu remaja berkenaan yang tidak mempunyai lesen dan dia kemudian ditahan untuk diambil keterangan.
Remaja itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan dan hasil ujian air kencing mendapati dia tidak berada di bawah pengaruh dadah.
Adie Sufian Zulkefli
Thu May 19 2022
Remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani atas dua pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan dua pemotong rumput maut dalam kemalangan 7 Mei lalu. - Gambar Astro AWANI
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Polis terlibat kemalangan sebabkan kematian remaja ditahan
Anggota berpangkat koperal berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 9 pagi di IPD Alor Gajah.
Remaja maut motosikal rempuh belakang treler
Seorang remaja lelaki maut manakala adik dan sepupunya cedera selepas motosikal yang ditunggang mangsa terbabas lalu merempuh belakang sebuah treler di Kampung Kepong.
Tiga remaja sesat di hutan Pulau Kerengga ditemukan selamat
Ketiga-tiga mangsa dipercayai memasuki kawasan hutan sedalam kira-kira 29 kilometer untuk memikat ayam hutan.
Semua pihak bertanggungjawab pastikan kanak-kanak, remaja tidak terlibat isu sosial - Nancy
Semua pihak bertanggungjawab untuk memastikan kanak-kanak dan remaja tidak terjerumus dalam isu sosial sehingga menggugat pembelajaran mereka di sekolah.
Peningkatan isu kesihatan mental membimbangkan - Doktor
Pengabaian kesihatan mental golongan remaja dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal dan mental di alam dewasa.
Remaja maut, rakan parah dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang remaja lelaki maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.
Institusi keluarga kukuh berperanan bendung remaja terlibat jenayah - Ketua Polis Kelantan
Institusi kekeluargaan yang kukuh memainkan peranan penting bagi membendung remaja terlibat dengan masalah sosial dan jenayah.
Remaja maut nahas tiga kenderaan selepas main futsal
Kedua-dua penunggang motosikal tidak memakai topi keledar ketika kejadian dan kenderaan masing-masing telah tamat tempoh cukai jalan.
3 remaja didakwa culik kanak-kanak
Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.
Amang seksual remaja lelaki 17 tahun, PU Azman diperintah bela diri
PU Azman diperintah membela diri atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, tahun lepas.