awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja meninggal dunia selepas rebah di Stadium Darul Aman sebelum perlawanan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
19/07/2024
21:15 MYT
Remaja meninggal dunia selepas rebah di Stadium Darul Aman sebelum perlawanan
Anggota Angkatan Pertahanan Awam membawa remaja yang rebah di Stadium Darul Aman sebelum perlawanan Piala FA petang semalam, ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, bagi menerima rawatan. - Foto media sosial
ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki rebah semasa berada di tempat duduk penonton ketika hadir ke Stadium Darul Aman di sini bagi menyaksikan perlawanan Piala FA pasukan Kedah Darul Aman menentang Johor Darul Takzim petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad berkata, dalam kejadian jam 7 petang itu, remaja berusia 18 tahun tersebut dipercayai datang ke stadium bersama adiknya.
“Remaja itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri semasa berada di tempat duduk penonton sebelum perlawanan bermula.
“Orang ramai yang melihat kejadian itu kemudiannya segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam yang bertugas di stadium untuk membawa remaja tersebut ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi menerima rawatan.
“Setiba di Zon Kecemasan HSB, pegawai perubatan mengesahkan remaja tersebut telah meninggal dunia pada jam 8.18 malam,” katanya dalam kenyataan semalam.
Siti Nor Salawati berkata, hasil siasatan ke atas keluarganya mendapati remaja terbabit menghidap sakit jantung sejak kecil.
Katanya lagi, doktor yang merawat mengesahkan sebab kematian sebagai ‘Complex Cyanotic Heart Disease’ iaitu berkait sakit jantung yang dihidapi.
Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, tambahnya.
Topic Berkaitan
#remaja meninggal dunia
#Stadium Darul Aman
#Piala FA
#Hospital Sultanah Bahiyah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan