TUMPAT: Seorang remaja perempuan mendakwa dicabul pengamal perubatan ketika menerima rawatan di rumah keluarganya di Pasir Tumboh, dekat sini, dalam satu kejadian 2 Ogos lalu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu selepas keluarga mangsa berusia 15 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian, tengah hari semalam.
Beliau berkata mangsa selalu mengalami masalah histeria dan dipercayai kerana gangguan makhluk halus sehubungan itu keluarga mangsa telah menghubungi suspek berusia 39 tahun itu untuk menjalankan perubatan ke atas mangsa.
"Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 11 pagi, ketika rawatan ke atas mangsa dijalankan oleh seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan 'ustaz' (suspek)," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Shafien berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 14 (1) (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.
Pada 9 Ogos lalu, Polis Kelantan mengesahkan menerima satu laporan melibatkan seorang bomoh berasal dari Perlis (suspek) yang mendakwa dipukul sekumpulan lelaki berkaitan isu 'Sihir 7 Keturunan' dan santau yang kini tular di media sosial.
Akibat kejadian itu, lelaki berkenaan hanya mengalami cedera ringan iaitu lebam di mata kiri dan calar di muka namun kini mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu kerana menghidap penyakit lain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 12 2021
Shafien berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 14 (1) (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak. - Gambar hiasan
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Disangka hilang ketika bersenam, rupanya keluar dengan rakan
Seorang remaja perempuan yang didakwa hilang ketika bersenam di kawasan perumahannya di TTDI Jaya, di sini akhirnya ditemui selepas usaha pencarian dilakukan media sosial.
Remaja perempuan bakar rumah di Wangsa Maju selepas pergerakan disekat
Seorang remaja perempuan memulakan kebakaran di sebuah rumah di Taman Desa Setapak, Wangsa Maju kerana dikatakan tidak puas hati pergerakannya disekat.