awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli pengakap berperanan jadi ejen keamanan
Sistem tekanan rendah kutub landa Gaza, ancam keselamatan penduduk di kem pelarian
Liga Super: Badrul Afzan ikrar terus gilap bidang kejurulatihan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat

Bernama
Bernama
12/03/2025
16:42 MYT
Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Mohd Iqbal berkata mangsa yang keluar dari rumah pada 8 pagi, Ahad telah menaiki bas di Seksyen 20 ke stesen bas di Bukit Jalil. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata mangsa yang keluar dari rumah pada 8 pagi, Ahad telah menaiki bas di Seksyen 20 ke stesen bas di Bukit Jalil.
"Mangsa yang tiada hala tuju menumpang tidur di Surau Darul Bukit Jalil untuk dua malam sebelum mengambil keputusan ke rumah kawan lelakinya yang dikenali melalui Facebook, di Kuala Terengganu dengan menaiki bas.
"Setelah sampai di Terengganu, kawan mangsa terus menghubungi keluarga remaja itu memberitahu mangsa telah sampai di Kuala Terengganu berikutan ahli keluarganya ada memaklumkan mangsa telah lari dari rumah," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Mohd Iqbal berkata keluarga kawan mangsa kemudiannya terus membawa remaja itu ke Balai Polis Kuala Terengganu untuk membuat laporan polis dan siasatan lanjut mendapati mangsa keluar dari rumah kerana merajuk selepas dimarahi oleh ibu bapanya.
"Pada 5.11 petang tadi, ahli keluarga mangsa telah tiba mengambil mangsa di Kuala Terengganu dalam keadaan selamat untuk pulang ke Shah Alam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#siasatan lanjut
#stesen bas
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan