awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja perempuan maut jatuh tingkat 16 pangsapuri di Farlim, Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
10/11/2024
01:45 MYT
Remaja perempuan maut jatuh tingkat 16 pangsapuri di Farlim, Pulau Pinang
Seorang remaja perempuan terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Farlim, Bandar Baru Ayer Itam, George Town, hari ini.
GEORGE TOWN: Seorang remaja perempuan terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Farlim, Bandar Baru Ayer Itam, di sini, dipercayai selepas berselisih faham dengan kekasihnya Sabtu malam.
Mangsa yang berusia 15 tahun itu ditemui orang awam di tingkat bawah pangsapuri berkenaan kira-kira jam 11.45 malam sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak polis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, hasil siasatan polis mendapati sebelum kejadian berlaku pertengkaran antara remaja itu dengan kekasihnya.
Jelas beliau, siasatan lanjut pihak polis di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.
“Semakan juga mendapati mangsa anak tunggal manakala ibu bapanya sudah bercerai dan ketika kejadian ibu keluar membeli barang.
“Siasatan lanjut masih dijalankan, kita minta orang ramai jangan buat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis serta sensitiviti keluarga,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan proses bedah siasat akan dilakukan hari ini.
Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#remaja maut
#terjun pangsapuri
#Farlim Pulau Pinang
#gaduh dengan kekasih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan