awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja perempuan maut tertimbus dalam perigi

Bernama
Bernama
23/12/2022
15:23 MYT
Remaja perempuan maut tertimbus dalam perigi
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada bapa mangsa pada 3.34 petang tadi.
KUANTAN: Seorang remaja perempuan maut selepas tertimbus tanah ketika berada di dalam perigi bersebelahan rumahnya di Lanchang, Temerloh yang terletak kira-kira 135 kilometer dari sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada bapa mangsa pada 3.34 petang tadi.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 11 pagi, lelaki itu telah meminta anaknya berusia 15 tahun untuk masuk ke dalam perigi sedalam 10 kali yang baru digali bagi membaiki gelung, namun secara tiba-tiba dinding perigi tersebut telah runtuh dan menimbus mangsa.
"Mangsa telah berjaya dibawa keluar daripada perigi tersebut dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan berdekatan untuk pemeriksaan lanjut, bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Mohd Azhar berkata mayat remaja itu kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca kematian.
"Siasatan terperinci akan dijalankan dan keterangan saksi yang berkaitan akan diambil bagi melengkapkan siasatan," katanya dan menambah kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya sentiasa peka dan lebih prihatin terhadap keselamatan anak-anak mereka serta menjauhi kawasan berisiko dalam keadaan cuaca yang tidak menentu kini.
"Sebarang kemalangan yang disebabkan kecuaian ibu bapa, tindakan boleh diambil mengikut Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja tertimbus
#perigi
#Lanchang
#Polis Daerah Temerloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan