IPOH: Polis sedang mengesan pelajar perempuan N Daarshini, 16, yang dilaporkan masih tidak pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan sejak 3 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata remaja berkenaan kali terakhir dilihat memakai pakaian seragam sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang pada hari beliau dilaporkan hilang.
"Pada 4 Februari pihak polis Hilir Perak telah menerima laporan berhubung kejadian kehilangan seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.
"Siasatan awal mendapati pada 3 Februari lalu, remaja tersebut telah datang ke sekolah mengikut pintu belakang dan kemudiannya terus keluar ikut pintu hadapan sekolah dan tidak pulang ke rumahnya selepas itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Adnan berkata susulan laporan polis dibuat ibu remaja tersebut, polis telah mengedarkan semboyan orang hilang termasuk gambar mangsa ke seluruh balai polis.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali mangsa boleh menghubungi IPD Hilir Perak di talian 05-6299222 atau menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Noor Aisyah Mat Isa di talian 011-16338463," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023
Remaja berkenaan kali terakhir dilihat memakai pakaian seragam sekolah di SMK Hutan Melintang pada hari beliau dilaporkan hilang. - Foto: PDRM
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
Cuaca panas: KPM nasihat murid, pelajar sekolah minum air secukupnya
Kementerian Pendidikan menasihatkan semua murid dan pelajar sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar supaya minum air secukupnya serta memakai pakaian seragam sekolah yang bersesuai susulan kead
Ejek-mengejek punca dua kumpulan pelajar gaduh
Perselisihan faham dan ejek mengejek melibatkan insiden lama dipercayai menjadi punca seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga cedera dalam pergaduhan di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini Jumaat lalu.
Kes pedofilia: Siasatan dijangka ambil masa sebulan - Polis Kelantan
Muhamad Zaki berkata hal ini kerana siasatan masih lagi pada peringkat awal dan berkemungkinan terdapat saksi-saksi lain yang berada di luar negeri.
Dua remaja maut, empat motosikal bertembung depan sekolah
Dua remaja lelaki maut dalam kemalangan melibatkan empat motosikal di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kapar, pada Ahad.
Cuaca panas: KKM nasihat aktiviti luar kelas ditangguh sementara
KKM menyarankan supaya aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan sementara waktu di lokasi yang berstatus cuaca panas tahap satu.
Pemandu van sekolah tiada lesen bagi alasan sibuk
Sebanyak 72 buah bas sekolah diperiksa, 34 kenderaan diambil tindakan dengan 53 notis saman dikeluarkan.
Polis terima lima laporan dakwaan kes liwat
Polis mengesahkan menerima lima laporan berkaitan kes liwat terhadap enam lelaki termasuk tiga pelajar sekolah, di Mersing setakat ini.
Empat lelaki belasah pelajar ditahan
Seramai empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pergaduhan melibatkan pelajar di hadapan sebuah sekolah, pada Khamis lalu.
PLKN 3.0 mungkin tidak libat pelajar sekolah - Khaled
Khaled berkata perkara tersebut bagaimanapun masih dalam pertimbangan untuk disesuaikan dengan peringkat umur peserta.