KOTA BHARU: Siasatan berkaitan dakwaan seorang guru melakukan aktiviti pedofilia di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Tumpat dijangka mengambil masa selama sebulan.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata hal ini kerana siasatan masih lagi pada peringkat awal dan berkemungkinan terdapat saksi-saksi lain yang berada di luar negeri.
Katanya siasatan tersebut juga akan menjurus kepada tohmahan yang dilemparkan kepada guru tersebut dan menyemak segala teks perbualan serta mesej daripada kedua-dua pihak kerana tidak mahu ada individu yang teraniaya.
"Sekarang ini kita sudah panggil empat saksi namun identiti mereka tidak boleh didedahkan kerana kes tersebut akan disiasat dengan lebih mendalam.
"Kita seru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat supaya tampil untuk bantu siasatan ini dan kita akan melihat sejauh mana kebenaran seperti yang didakwa oleh mangsa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata siasatan akan dilakukan secara terperinci dan telus kerana ia melibatkan profesion seorang guru dan pelajar sekolah terbabit.
Pada 28 Mac lepas, seorang individu menerusi media sosial mendakwa seorang guru di sebuah sekolah di Tumpat yang diketahui sebagai seorang pedofil masih mengajar di sekolah berkenaan.
Bagaimanapun, guru terbabit yang dituduh melakukan perbuatan itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Tumpat dengan mendakwa dia difitnah.
Semalam, media melaporkan polis memanggil beberapa saksi termasuk pelajar dan guru berhubung kes berkenaan dan telah melihat segala kandungan di dalam telefon pihak yang terlibat seperti perbualan telefon dan aplikasi WhatsApp.
Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mutimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Muhamad Zaki berkata hal ini kerana siasatan masih lagi pada peringkat awal dan berkemungkinan terdapat saksi-saksi lain yang berada di luar negeri.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
[TERKINI] Tengku Zafrul akan umum kedudukan dalam masa terdekat
Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz menyatakan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan politiknya dalam masa terdekat.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Pelumba 'drag battle' maut, kereta hilang kawalan di litar perlumbaan
Seorang peserta 'drag battle' maut dalam kemalangan ketika acara perlumbaan berlangsung di Litar Sandakan Turf Club Batu 5, di sini pada Sabtu.
Perlembagaan PKR tidak boleh statik selamanya - Saifuddin
Beberapa lagi pindaan signifikan Perlembagaan PKR bakal diputuskan dalam Kongres Khas parti itu yang berlangsung pada Ahad.
Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.
Usaha Katiravan Subrayan selamatkan planet bawa beliau ke Antartika
Katiravan menjadi antara segelintir rakyat Malaysia yang menjejakkan kaki ke benua berais itu.
Piala AMEC: Persatuan Bola Sepak Thailand tampung kos penyokong Malaysia cedera dipukul
PENYOKONG Malaysia yang tercedera akibat dipukul oleh penyokong tuan rumah di Stadium Rajamangala, Bangkok malam tadi, mendapat perhatian segera daripada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
Kes pedofilia: Siasatan dijangka ambil masa sebulan - Polis Kelantan
Muhamad Zaki berkata hal ini kerana siasatan masih lagi pada peringkat awal dan berkemungkinan terdapat saksi-saksi lain yang berada di luar negeri.