awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja putus kaki nahas depan sekolah

Sinar Harian
Sinar Harian
07/05/2024
05:30 MYT
Remaja putus kaki nahas depan sekolah
Mangsa mengalami kecederaan parah dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.16 malam. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang remaja lelaki putus kaki kirinya selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Budiman di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek dekat sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Adam Muqlis Abdul Aziz, 18, mengalami kecederaan parah dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.16 malam.
"Siasatan awal mendapati pemandu kereta jenis Toyota Hilux dari bahu jalan sebelah kiri telah membuat pusingan U untuk menghala ke arah lampu isyarat Budiman.
"Ketika itu secara tiba-tiba mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 yang datang dari arah lampu isyarat Budiman telah berlanggar dengan kereta tersebut di bahagian sisi hadapan sebelah kanan.
"Akibat dari kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah iaitu putus kaki sebelah kiri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, Azli berkata mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan lanjut.
Selain itu, katanya pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Pemandu itu telah hadir untuk memberi keterangan di balai polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelajar sekolah
#kemalangan
#putus kaki
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan