awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja rompak wanita Kanada dihantar ke Sekolah Henry Gurney

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
06/11/2023
09:17 MYT
Remaja rompak wanita Kanada dihantar ke Sekolah Henry Gurney
Tertuduh (tiga, kanan) perlu menjalani hukuman itu selama tiga tahun atau sehingga berusia 21 tahun. - Gambar/ Astro AWANI
GEORGE TOWN: Padah merompak seorang wanita warga Kanada Oktober lepas, seorang remaja berusia 19 tahun dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Telok Mas, Melaka selepas didapati bersalah di Mahkamah Sesyen George Town hari ini.
Hakim Mazdi Abdul Hamid membuat keputusan tersebut selepas tertuduh mengaku bersalah dan dia perlu menjalani hukuman itu selama tiga tahun atau sehingga berusia 21 tahun.
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira tujuh faktor antaranya ia merupakan kesalahan pertama tertuduh, tidak ada sabitan lalu dan hukuman untuk memberi pengajaran kepadanya.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merompak seorang wanita warga asing dengan mengambil sebuah telefon bimbit, beg galas, cermin mata, serangkai kunci dan kad British Columbia Services.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi sebuah kedai makan di Lebuh Campbell kira-kira jam 5.20 petang pada 29 Oktober lalu.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda dan sebatan.
Sementara itu, di mahkamah berasingan, tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua lagi pertuduhan merompak dua wanita pada 3 dan 28 Oktober.
Dia meminta dibicarakan selepas pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya ,Lee Jun Keong manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahakamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dan RM7,000 bagi setiap kes.
Kedua-dua kes itu akan disebut semula pada 4 Disember depan.
Topic Berkaitan
#jenayah remaja
#rompak warga kanada
#pulau pinang
#Henry Gurney
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan