awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 'Superman' dipenjara sehari

Fifi Harteeny Marzuki
Fifi Harteeny Marzuki
18/04/2018
05:54 MYT
Remaja 'Superman' dipenjara sehari
Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hanif Mamyudi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Gara-gara menunggang motosikal ala-ala 'Superman', seorang remaja lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dikenakan hukuman penjara sehari dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini.
Hakim Stephanie Sherron Abbie, menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap tertuduh Muhammad Riezal Kamarudin, 20 tahun yang telah membuat aksi berbahaya serta menunggang dengan melulu melepasi had kelajuan.
Riezal ditahan pada 17 Februari lepas jam 3.30 petang di Jalan Kota Kinabalu-Papar berhampiran Taman Jumbo, Petagas dalam satu operasi Op Cegah Samseng Jalanan.
Terdahulu, tertuduh yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna kuning turut mengaku bersalah dan meminta agar hukuman ringan dikenakan ke atas beliau.
Kes disiasat dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dimana disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 5 tahun dan denda tidak melebihi RM5,000.
Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hanif Mamyudi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#berbahaya
#mat rempit
#menunggang melulu
#motosikal
#Muhammad Riezal Kamarudin
#Op Cegah Samseng
#pelajar
#Stephanie Sherron Abbie
#STPM
#Yamaha 125Z
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan