awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja terselamat selepas tumbuk mata buaya

Sinar Harian
Sinar Harian
23/07/2024
11:10 MYT
Remaja terselamat selepas tumbuk mata buaya
Mangsa parah akibat dibaham buaya tetapi dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Tawau.
TAWAU: Tindakan seorang remaja lelaki menumbuk mata buaya berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa reptilia terbabit dalam kejadian di sungai Jeti Tanah Merah, Felda Umas 4 dekat sini pada Isnin.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa yang berusia 18 tahun mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Tawau.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan selepas menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa.
Menurutnya, laporan diterima oleh anak saudara mangsa lelaki berusia 14 tahun pada jam 7.26 petang hari yang sama.
"Menurut pengadu, mangsa bersamanya dan seorang lagi ahli keluarga turun ke sungai untuk menangkap ikan.
"Tiba-tiba mangsa diserang buaya namun mangsa sempat memukul mata buaya tersebut sebelum berjaya melepaskan diri dan terus naik ke tebing sungai," katanya pada Selasa.
Jasmin berkata, mangsa mengalami kecederaan di badan dan kaki akibat dibaham haiwan tersebut.
"Mangsa kini masih dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
"Kes juga sudah dirujuk kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk tindakan selanjutnya," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tumbuk mata buaya
#Sabah
#baham buaya
#mangsa selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan