awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
Proses pengundian PRU Jepun bermula
Dua letupan kecil dalam operasi kebakaran tanah gambut di Muar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman 9 individu termasuk 2 OCPD disambung lima hari

Bernama
Bernama
22/05/2017
07:33 MYT
Reman 9 individu termasuk 2 OCPD disambung lima hari
Enam daripada sembilan individu itu adalah pegawai polis yang bertugas di Melaka manakala tiga lagi adalah orang awam.
Tempoh reman sembilan individu termasuk dua ketua polis daerah dilanjutkan lima hari bermula esok bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung kes mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan tempoh reman terhadap suspek terbabit dilanjutkan sehingga 27 Mei ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Mereka yang berumur antara 31 hingga 54 tahun sebelum ini direman enam hari sejak 17 Mei lalu bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009.
Enam daripada sembilan individu itu adalah pegawai polis yang bertugas di Melaka manakala tiga lagi adalah orang awam.
Dilaporkan SPRM membekukan beberapa akaun bank milik sembilan itu susulan siasatan terhadap kes berkenaan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#pusat judi
#Rasuah
#reman
#rumah urut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan