awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman ibu disyaki dera anak perempuan disambung empat hari - Polis

Bernama
Bernama
25/05/2025
07:00 MYT
Reman ibu disyaki dera anak perempuan disambung empat hari - Polis
Wanita berusia 49 tahun yang juga pengurus program di sebuah kilang di Bayan Lepas sebelum ini direman selama empat hari bermula 22 Mei dan berakhir hari ini. -Gambar fail
BALIK PULAU: Perintah reman terhadap ibu kepada kanak-kanak perempuan yang disyaki didera di Sungai Ara di sini, dilanjutkan empat hari lagi sehingga 29 Mei ini.

Ringkasan AI
  • Perintah reman terhadap seorang wanita berusia 49 tahun yang disyaki mendera anak perempuannya di Sungai Ara dilanjutkan empat hari lagi hingga 29 Mei untuk siasatan lanjut.
  • Wanita tersebut dan suaminya, masing-masing ditahan selepas laporan dibuat oleh guru besar sekolah berhubung kecederaan pada murid Tahun Enam itu.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dan kedua-dua suspek kini direman sehingga 29 Mei.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata wanita berusia 49 tahun yang juga pengurus program di sebuah kilang di Bayan Lepas sebelum ini direman selama empat hari bermula 22 Mei dan berakhir hari ini.
"Mahkamah membenarkan permohonan pihak polis untuk mendapatkan sambungan reman selama empat hari lagi bermula esok hingga 29 Mei bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadap suspek," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan lebam dan luka di belakang badan dipercayai dirotan dalam kejadian di sebuah rumah di Sungai Ara.
Pasangan itu ditahan pada Selasa lepas susulan laporan polis yang dibuat oleh guru besar sekolah berhubung insiden yang berlaku terhadap murid Tahun Enam itu.
Suami wanita itu yang berusia 47 tahun sebelum ini turut direman empat hari berakhir semalam, dilanjutkan lima hari lagi bermula hari ini hingga 29 Mei dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dera anak perempuan
#Sungai Ara
#murid Tahun Enam
#Akta Kanak-Kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan