awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman pemandu lawan arus di Lebuhraya Persekutuan hingga sebabkan kematian dilanjut

Sinar Harian
Sinar Harian
17/09/2021
07:06 MYT
Reman pemandu lawan arus di Lebuhraya Persekutuan hingga sebabkan kematian dilanjut
Dalam kejadian awal pagi Ahad lalu, dua maut apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus di Kilometer 8.5 Lebuh Raya Persekutuan. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Reman individu yang memandu secara melawan arus sehingga mengakibatkan dua maut dalam kejadian awal pagi Ahad lalu disambung selama tiga hari lagi untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, reman terhadap suspek disambung hari ini.
"Permohonan sambungan reman selama tiga hari telah dipersetujui oleh Timbalan Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Shah Alam Norliza Hussin.
"Kes ini turut diklasifikasi semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
BACA: Nahas Lebuhraya Persekutuan: Pemandu Mitsubishi Triton lawan arus positif ganja
Suspek yang memandu secara melawan arus itu sebelum ini direman enam hari untuk siasatan lanjut.
Dalam kejadian awal pagi Ahad lalu, dua maut apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus di Kilometer 8.5 Lebuhraya Persekutuan.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Reman pemandu lawan arus sebabkan kematian dilanjutkan
Topic Berkaitan
#pandu lawan arus
#kemalangan Lebuh Raya Persekutuan
#remaja meninggal dunia
#reman dilanjut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan