awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman suami mangsa culik disambung tiga hari

Sinar Harian
Sinar Harian
17/09/2022
22:30 MYT
Reman suami mangsa culik disambung tiga hari
Muhamad Zaki berkata, tempoh reman terhadap lelaki berusia 36 tahun dan dua lagi individu berusia 35 serta 47 tahun itu disambung bagi membantu siasatan. -Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Tempoh reman tiga individu termasuk suami kepada wanita yang dilarikan sekumpulan lelaki pada Selasa lalu disambung tiga hari lagi di Mahkamah Majistret Tumpat pada Sabtu.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tempoh reman terhadap lelaki berusia 36 tahun dan dua lagi individu berusia 35 serta 47 tahun itu disambung bagi membantu siasatan.
“Tempoh reman mereka termasuk seorang wanita itu dilanjutkan sehingga Selasa depan.
“Reman dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Sabtu.
Beliau berkata, tidak ada tangkapan baharu dibuat setakat ini dan pihaknya masih berusaha menjejaki mangsa culik terbabit.
Tiga individu termasuk suami mangsa ditahan semasa hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat pada Selasa lalu dan direman selama lima hari yang berakhir pada Sabtu.
Sebelum ini media melaporkan, seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, dilarikan sekumpulan lelaki menggunakan sebuah kereta jenis Toyota Vios di hadapan rumah di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat.
Mangsa dipercayai dilarikan ke negara jiran dengan menggunakan bot melalui pangkalan haram di kawasan Kuala Jambu, Tumpat.
Siasatan awal polis mempercayai suami mangsa terbabit dengan kegiatan penyeludupan dadah. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#wanita dilarikan sekumpulan lelaki
#Muhamad Zaki Harun
#Mahkamah Majistret Tumpat
#ejen jualan kosmetik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan