awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman suspek bunuh anggota polis cawangan khas disambung

Bernama
Bernama
09/02/2014
10:05 MYT
Reman suspek bunuh anggota polis cawangan khas disambung
Tempoh tahanan reman terhadap seorang anggota polis lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang anggota polis cawangan khas di kawasan Bukit Persekutuan pada 4 Feb lepas, disambung lima hari lagi.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa ketika dihubungi hari ini berkata tempoh tahanan reman lelaki berusia 30-an itu berakhir semalam sebelum disambung sehingga 13 Feb ini.
Mayat Lans Koperal T.Thivakar ditemui di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan dengan kesan tembakan di muka dan mata kanan dipercayai ditembak dari jarak dekat.
Dua kelongsong peluru berukuran 9mm, sebuah motosikal, sebuah topi keledar dan jaket turut ditemui berhampiran mayat mangsa, semasa kejadian.
Polis menahan rakan setugas mangsa di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan pada sebelah malam, hari yang sama di Kuala Lumpur. Sepucuk pistol dan beberapa dokumen lain berkaitan dirampas polis daripada lelaki itu.
Topic Berkaitan
#bunuh
#polis
#remand
#Tahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan