awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000

Reman suspek rogol kes 19 tahun lalu disambung

Sinar Harian
Sinar Harian
13/06/2022
04:00 MYT
Reman suspek rogol kes 19 tahun lalu disambung
Suspek (tiga dari kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Parit Buntar sekitar jam 8.50 pagi pada Isnin bagi permohonan lanjutan reman. - Foto Sinar Harian
PARIT BUNTAR: Tempoh reman terhadap lelaki yang terlibat dalam kes rogol 19 tahun lalu disambung tiga hari lagi bermula Selasa.
Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi membenarkan tempoh reman sehingga Khamis ini bagi membolehkan siasatan terhadapnya dijalankan.
Lelaki itu sebelum ini ditahan di sekitar Bagan Serai, Perak pada Khamis dan direman selama empat hari berakhir pada Isnin bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Suspek yang berpakaian lokap warna ungu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Parit Buntar sekitar jam 8.50 pagi diiringi polis.
Media sebelum ini melaporkan, polis berjaya menahan seorang lelaki disyaki terlibat kes rogol di Bagan Serai selepas 19 tahun berjaya meloloskan diri daripada pihak berkuasa.
BACA: 19 tahun lolos, suspek rogol akhirnya dicekup
Tangkapan terhadap suspek dilakukan hasil padanan data profil asid deoksiribonukleik (DNA).
Dengan tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan kes rogol yang berlaku pada tahun 2003.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#reman
#suspek
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.