awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rentas Negeri: LLM arahkan pengendali lebuhraya sediakan kakitangan periksa SOP di R&R

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
11/10/2021
00:50 MYT
Rentas Negeri: LLM arahkan pengendali lebuhraya sediakan kakitangan periksa SOP di R&R
Tiada perubahan mendadak berkaitan jumlah kenderaan di semua lebuhraya utama negara pada hari pertama rentas negeri dibenarkan. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengarahkan pengendali-pengendali lebuhraya negara menyediakan kakitangan untuk melakukan pemeriksaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di seluruh negara.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Pembangunan dan Trafik, LLM, Ts. Syed Mohd Faizal Said Ahmad, ini bagi memastikan pengguna R&R mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
"LLM telah mengarahkan kepada pengendali-pengendali Lebuhraya supaya menyediakan pegawai atau kakitangan di setiap surau, tandas dan restoran R&R untuk membuat pemeriksaaan terhadap orang ramai.
"Pengguna dinasihatkan untuk sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal seperti yang telah diarahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam temubual bersama Astro AWANI dalam Program AWANI Pagi, pada Isnin.
Mengulas mengenai aliran trafik pada hari pertama rentas negeri dibenarkan, Syed Mohd Faizal berkata tiada perubahan mendadak berkaitan jumlah kenderaan di semua lebuhraya utama negara.
"Pada ketika ini pihak LLM jangkakan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) meningkat kepada 1.3 juta kenderaan sehari, Lebuhraya KL-KARAK 160,000 kenderaan dan Lebuhraya Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) 45,000 kenderaan.
Bagaimanapun, katanya pihak LLM menjangkakan aliran trafik bakal meningkat sehingga 4 juta kenderaan sehari pada hujung minggu ini.
"Ini susulan orang ramai mengambil kesempatan cuti hujung minggu dan cuti umum Maulidur Rasul pada 19 Oktober ini," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Utara Selatan
#Lembaga Lebuhraya Malaysia
#Rehat dan Rawat
#Ts Syed Mohd Faizal Said Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan