awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rentas negeri: 'Saya faham perasaan tak dapat jumpa ibu bapa, berita gembira tak lama lagi' - Ismail Sabri

Firdaus Azil
Firdaus Azil
03/10/2021
13:28 MYT
Rentas negeri: 'Saya faham perasaan tak dapat jumpa ibu bapa, berita gembira tak lama lagi' -  Ismail Sabri
PM berkata, sejurus populasi dewasa mencapai 90 peratus lengkap vaksinasi, Kerajaan akan membenarkan aktiviti rentas negeri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetahui ramai rakyat di negara ini sudah sekian lama tidak dapat pulang ke kampung, dan berjumpa dengan ibu-bapa mereka.
Malahan, katanya lagi, ada di antara mereka yang sudah tidak berjumpa dengan ibu bapa melebih setahun, iaitu sejak kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lepas.
Atas sebab itu, Perdana Menteri berkata, sejurus populasi dewasa di negara ini mencapai 90 peratus lengkap vaksinasi, yang katanya tidak berapa lama lagi, Kerajaan akan membenarkan aktiviti rentas negeri.
“Saya percaya ramai nak balik kampung. Sesetengah tu dah setahun lebih tak tengok ibu bapa mereka, ada juga sesetengah ibu bapa tak sihat. Saya tahu kalau arwah mak saya dulu, kalau tak balik setiap minggu atau dua minggu sekali, dia akan menangis kalau telefon saya.
“Ramai saya percaya mempunyai situasi seperti yang saya pernah hadapi dulu. Kita faham tapi kerana masalah kesihatan kita sekat dahulu pergerakan.
“Tapi saya dah kata kita tak akan sekat pergerakan rakyat kita selama-lamanya. Saya dah umumkan, kalau 90 peratus rakyat secara keseluruhannya menerima dua dos vaksin, kita akan benarkan pergerakan rentas negeri,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam program wawancara khas Eksklusif Bersama Perdana Menteri, yang disiarkan di Astro AWANI, TV3, dan RTM pada Ahad malam.
Perdana Menteri berkata, beliau percaya ketika ini kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa sudah mencapai antara 86 hingga 87 peratus, dan sejurus ia mencapai 90 peratus, beliau sendiri akan umumkan kebenaran itu serta-merta.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, persoalan timbul mengapa kerajaan mengambil keputusan untuk mengubah kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa dari 80 ke 90 peratus, sebelum membenarkan pergerakan merentas negeri.
“Apabila kita menetapkan 80 peratus (pada peringkat awal), kita lihat banyak negeri yang peratusannya masih kecil. Kalau kita buka seluruh Malaysia, kita tak mahu tinggalkan negeri-negeri yang masih kecil peratusan vaksinnya.
“Jadi sebab itu kita tunggu 90 peratus, kerana kita percaya apabila 90 peratus, setiap negeri dah 80 peratus lebih. Jadi apabila kita capai 90 peratus, kita akan umumkan berita gembira untuk rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#rentas negeri
#ismail sabri yaakob
#Eksklusif bersama Perdana Menteri
#vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan