awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Restoran jijik diarah tutup, dapur kotor ada najis tikus

Sinar Harian
Sinar Harian
25/03/2023
05:27 MYT
Restoran jijik diarah tutup, dapur kotor ada najis tikus
Keadaan tempat memasak di sebuah premis yang diperiksa. -Facebook DBKL
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan sebuah kedai makan ditutup berikutan tahap kebersihan tidak memuaskan dalam Operasi Sepadu Bersih sekitar ibu kota.
DBKL dalam kenyataan memaklumkan, 60 notis kompaun dikeluarkan mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL), Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (4), manakala Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, dan Akta Kerajaan Tempatan 1976, masing-masing satu kompaun.
"Dengan kekuatan anggota kesihatan seramai 32 orang sebanyak 64 buah premis telah dilawati dan 48 premis diperiksa manakala sebanyak 16 buah premis ditutup semasa lawatan.
"Hasil pemeriksaan sebuah premis telah diarah tutup kerana tahap kebersihan yang tidak memuaskan," kata kenyataan itu di laman Facebook DBKL.
Pemeriksaan terhadap semua premis itu dilakukan pada Rabu lalu.
DBKL berkata, kesalahan dilakukan premis makanan itu termasuk meletakkan meja dan kerusi di siar kaki lima, dinding dapur tidak bersih, tanda najis tikus dan lipas di kawasan dapur, mencuci pinggan di belakang premis serta gagal mempamerkan lesen perniagaan sah.
Semua premis makanan itu terletak di Jalan Sri Bintang, Taman Salak Selatan, Jalan Leboh Ampang, Jalan Kancil, Jalan Waras 1, Jalan Sarjana dan Bangsar Village. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#DBKL
#Jalan Sri Bintang
#Restoran jijik
#dapur kotor ada najis tikus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan