BUKIT MERTAJAM: Masalah kekurangan pekerja di restoran mamak bukan saja sudah mencapai tahap tenat, malah ada yang hanya menunggu masa untuk menutup premis.
Itu situasi digambarkan Exco Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (Presma) Pusat, Abdul Aziz Shik Ahmad berhubung keadaan semasa dihadapi pengusaha restoran selepas pandemik COVID-19 melanda negara.
Jika tahun lalu restoran mengalami kekurangan pelanggan, tetapi kini sebaliknya berlaku apabila pekerja pula kurang sehingga menjejaskan operasi.
"Bukan saja tenat dah, 'ICU' dah, tinggal bila-bila masa (untuk tutup kedai), saya sendiri kedai satu cawangan akan ditutup bila-bila masa dari sekarang.
"Saya cuma bertahan masih lagi mengharapkan akan berlaku sesuatu dalam pengambilan pekerja tempatan ni kalau tak ada mungkin hujung minggu ni saya akan tutup satu cawangan, itulah situasi yang saya boleh buat hari ni," ujarnya.
Abdul Aziz yang juga Pengarah Restoran Nasi Kandar Dinas Sdn Bhd memberitahu, semua tujuh cawangan restorannya mempunyai masalah kekurangan pekerja dan sebuah cawangan berkemungkinan ditutup minggu depan.
Justeru, beliau menyarankan kerajaan menyediakan kuota pengambilan pekerja tempatan dan mengurangkan kerenah pengambilan pekerja asing bagi membolehkan restoran terus beroperasi.
'Saya rasa di Penang ni lebih daripada 400 restoran (terjejas). Saya tahu sebab saya sebagai Ahli Jawatankuasa Presma Pusat, boleh dikatakan keseluruhan restoran yang menjadi ahli dalam Presma menghadapi situasi ini.
"Jadi, bukan kata restoran-restoran yang besar la, restoran kecil-kecil pun sama. Ada pekerja dua orang, tiga orang menjalankan perniagaan.
"Jadi saya berharap kerajaan dapat membuat sesuatu, sekurang-kurangnya membenarkan kita mengambil pekerja asing dari negara-negara sumber yang kita tahu kebanyakan pekerja ni tidak ada masalah bekerja di restoran ini," katanya lagi.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim (PRIM) Pulau Pinang, Datuk K.K Sihabutheen ketika dihubungi mengakui kekurangan pekerja di restoran sudah mencapai tahap kritikal dan perlu ditangani segera.
Ia berikutan pekerja dari negara sumber diakui mempunyai komitmen untuk bekerja di restoran berbanding warga tempatan yang lebih gemar bekerja di sektor makanan segera.
Beliau berharap kerajaan dapat mempercepatkan proses kemasukan pekerja asing bagi menjamin kelangsungan restoran yang berdepan masalah kekurangan tenaga kerja tahap kritikal ketika ini.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Oct 24 2021
Masalah kekurangan pekerja di restoran mamak bukan saja sudah mencapai tahap tenat, malah ada yang hanya menunggu masa untuk menutup premis. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
Pengarah restoran mamak didenda RM15,000 miliki barang kawalan lebih kuantiti
Seorang pengarah syarikat rangkaian restoran mamak bergelar Datuk didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah memiliki barang berjadual melebihi kuantiti.
Lelaki pecah rekod baharu makan nasi kandar RM222
Lelaki tersebut mengambil 16 ekor sotong, 10 ekor udang, dua ketul ayam, dan lauk sampingan lain seperti kambing, telur sotong serta bendi.
Restoran mamak sorok lebih 500kg gula, minyak masak peket diserbu
Premis makanan di Alor Hajah berkenaan turut menyorok lebih 550 kilogram (kg) barangan bersubsidi gula pasir dan minyak peket.
Roti canai: PRESMA pastikan ahlinya tidak kenakan harga luar biasa
PRESMA akan memastikan kenaikan harga roti canai di restoran mamak dan bistro adalah paling minima dan tidak membebankan pengguna.
'Selesai segera isu pengambilan pekerja asing sebelum restoran mamak gulung tikar' - Kimma
Kerajaan diminta menyelesaikan segera isu pengambilan pekerja asing bagi mengisi kekurangan yang dihadapi banyak pengusaha restoran mamak yang kini berhadapan risiko gulung tikar.
Kekurangan pekerja, restoran mamak belum mampu beroperasi 24 jam
Kebanyakan pengusaha restoran mamak lebih selesa mengekalkan waktu operasi sekurang-kurangnya setakat 2 pagi.
Restoran mamak tidak mampu beroperasi 24 jam akibat kekurangan pekerja
Mereka mengambil keputusan untuk menunggu sehingga kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing berikutan kurangnya sambutan daripada warga tempatan.
Restoran mamak: Kuota pekerja asing memadai, disaran ambil pekerja tempatan - Saravanan
Sudah tiba masanya , restoran India Muslim mengambil pekerja tempatan bagi menampung keperluan tersebut jika kekurangan pekerja.
Restoran mamak guna robot layan pelanggan, tangani isu kekurangan pekerja
Penggunaan teknologi robotik telah mengambil alih tugas pelayan di beberapa restoran mamak susulan isu kekurangan pekerja.
Ada restoran mamak terpaksa gulung tikar kerana tidak cukup pekerja - Presma
Walaupun perniagaan bagus dan semakin pulih, ada restoran yang gulung tikar kerana kurang kakitangan untuk menjalankan operasi harian.