KUALA LUMPUR: Kekurangan pekerja menyebabkan banyak premis perniagaan termasuk kedai makan masih tidak dapat beroperasi 24 jam walaupun boleh berbuat demikian selepas negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik mulai Jumaat lepas.
Tinjauan Bernama di sekitar ibu negara mendapati kebanyakan pengusaha restoran mamak yang sering menjadi tempat 'lepak' orang ramai selepas tengah malam lebih selesa mengekalkan waktu operasi sekurang-kurangnya setakat 2 pagi.
Presiden Persatuan Restoran Muslim Malaysia (Presma) Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata situasi itu disebabkan kebanyakan pengusaha restoran mamak tidak mempunyai pekerja mencukupi untuk menampung operasi walaupun terdapat permintaan tinggi lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.
"Permintaan memang ada lebih-lebih lagi bulan puasa untuk sahur dan sebagainya, cuma dalam kalangan pengusaha ada kekangan tidak cukup pekerja kerana ramai yang balik ke negara asal semasa Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia sebelum ini," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata buat masa ini, hanya 25 peratus daripada 9,000 ahli Presma di seluruh negara mampu beroperasi 24 jam.
Jawahar berkata, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan pihaknya termasuk program bersama agensi kerajaan bagi menarik minat anak tempatan untuk bekerja di restoran mamak namun masih belum mampu menyelesaikan masalah itu.
Sehubungan itu, beliau merayu kepada kerajaan supaya membantu meringankan beban yang dihadapi pengusaha restoran 24 jam dengan mempermudah proses kemasukan semula pekerja asing ke negara ini.
"Sekarang ini permintaan memang tinggi daripada pelanggan, cuma tiada pekerja untuk uruskan perniagaan kami. Bayangkan, rezeki dah ada di depan mata tapi kami tak boleh nak tampung," katanya.
Pengurus Restoran Nasi Kandar Pelita cawangan Ampang Hassan Mohideen pula berkata walaupun jumlah pelanggan semakin bertambah dan terdapat kekangan tenaga kerja, pihaknya tetap berusaha memberikan perkhidmatan terbaik.
"Setakat ini, kami masih mampu melayan pelanggan yang datang walaupun ada masalah kekurangan pekerja. Baru dua hari (Ramadan) masih okey, lepas ini tak tahu lagi," katanya.
Sementara itu, pengurus sebuah kedai serbaneka di Setapak Salmah Said berkata cawangannya masih tidak dapat beroperasi 24 jam disebabkan pekerja tidak mencukupi.
"Setakat ini, kami hanya boleh beroperasi dari 6 pagi hingga 12 tengah malam dan isu ini sudah di bawah pengetahuan pihak pengurusan yang sedang berusaha menyelesaikannya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022
Kebanyakan pengusaha restoran mamak lebih selesa mengekalkan waktu operasi sekurang-kurangnya setakat 2 pagi. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Pengarah restoran mamak didenda RM15,000 miliki barang kawalan lebih kuantiti
Seorang pengarah syarikat rangkaian restoran mamak bergelar Datuk didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah memiliki barang berjadual melebihi kuantiti.
Lelaki pecah rekod baharu makan nasi kandar RM222
Lelaki tersebut mengambil 16 ekor sotong, 10 ekor udang, dua ketul ayam, dan lauk sampingan lain seperti kambing, telur sotong serta bendi.
Restoran mamak sorok lebih 500kg gula, minyak masak peket diserbu
Premis makanan di Alor Hajah berkenaan turut menyorok lebih 550 kilogram (kg) barangan bersubsidi gula pasir dan minyak peket.
Roti canai: PRESMA pastikan ahlinya tidak kenakan harga luar biasa
PRESMA akan memastikan kenaikan harga roti canai di restoran mamak dan bistro adalah paling minima dan tidak membebankan pengguna.
'Selesai segera isu pengambilan pekerja asing sebelum restoran mamak gulung tikar' - Kimma
Kerajaan diminta menyelesaikan segera isu pengambilan pekerja asing bagi mengisi kekurangan yang dihadapi banyak pengusaha restoran mamak yang kini berhadapan risiko gulung tikar.
Kekurangan pekerja, restoran mamak belum mampu beroperasi 24 jam
Kebanyakan pengusaha restoran mamak lebih selesa mengekalkan waktu operasi sekurang-kurangnya setakat 2 pagi.
Restoran mamak tidak mampu beroperasi 24 jam akibat kekurangan pekerja
Mereka mengambil keputusan untuk menunggu sehingga kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing berikutan kurangnya sambutan daripada warga tempatan.
Restoran mamak: Kuota pekerja asing memadai, disaran ambil pekerja tempatan - Saravanan
Sudah tiba masanya , restoran India Muslim mengambil pekerja tempatan bagi menampung keperluan tersebut jika kekurangan pekerja.
Restoran mamak guna robot layan pelanggan, tangani isu kekurangan pekerja
Penggunaan teknologi robotik telah mengambil alih tugas pelayan di beberapa restoran mamak susulan isu kekurangan pekerja.
Ada restoran mamak terpaksa gulung tikar kerana tidak cukup pekerja - Presma
Walaupun perniagaan bagus dan semakin pulih, ada restoran yang gulung tikar kerana kurang kakitangan untuk menjalankan operasi harian.