awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar seru henti pertelingkahan isu bahasa, tumpu bina masa depan anak Malaysia
PRK Kinabatangan: Calon BN lancar manifesto, tawar 10 janji
BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Restoran terkenal di Klang diroboh

Bernama
Bernama
11/09/2019
00:24 MYT
Restoran terkenal di Klang diroboh
Restoran berkenaan mula beroperasi sejak tahun 2000. Gambar fail/Google Map
Sebuah restoran terkenal, Berkeley Corner di Taman Berkeley di sini, dirobohkan pihak berkuasa dalam satu operasi malam tadi.
Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata kerja perobohan itu dijalankan, kerana restoran berkenaan didirikan atas kerajaan.
"Kerja meroboh dilakukan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK), anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Bomba, Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor.
"Tindakan diambil selaras dengan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 19 Julai lepas, yang memutuskan pihak plaintif perlu merobohkan struktur bangunan di atas tapak berkenaan dalam tempoh satu bulan dan jika gagal pihak plaintif perlu menanggung kos perobohan berkenaan.
"Sehubungan itu, pihak Pentadbir Tanah Klang telah mengeluarkan satu notis peringatan pada 26 Ogos lepas bertempoh tujuh hari kepada pemilik struktur untuk mengosongkan tapak berkenaan," katanya.
Tambah kenyataan itu lagi akibat kegagalan dan keengganan pemilik struktur untuk mengosongkan dan merobohkan struktur bangunan, tindakan penguatkuasaan terpaksa dijalankan.
Katanya, pencerobohan tanah kerajaan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
Restoran berkenaan mula beroperasi sejak tahun 2000.
Pada Ogos 2017 pihak berkuasa cuba menjalankan operasi meroboh restoran berkenaan tetapi terpaksa dibatalkan selepas terjadi kekecohan selepas ia dibantah oleh orang ramai dan beberapa Badan Bukan Kerajaan.
Tinjauan Bernama di lokasi perobohan mendapati kerja-kerja meroboh telah dijalankan sejak kira-kira pukul 10.30 malam dan struktur restoran berkenaan roboh sepenuhnya pada 12.10 tengah malam.
Walaupun berlaku sedikit kekecohan pada awal kehadiran pihak berkuasa untuk merobohkan restoran berkenaan, ia dapat dikawal dengan segera oleh anggota polis yang berkawal dan kerja-kerja meroboh dijalankan dengan lancar dan terkawal.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata, kehadiran pihak polis hanya membantu melancarkan operasi berkenaan.
Beliau berkata, tiada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan di lokasi, serta tiada kekecohan dilaporkan berlaku ketika operasi dijalankan.
"Seramai 170 anggota dan pegawai polis ditempatkan di lokasi kejadian bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Berkeley Corner
#enggan mengosongkan bangunan
#kekecohan
#Klang
#Majlis Perbandaran Klang
#notis peringatan
#Nurulhuda Mohd Salleh
#operasi
#pencerobohan
#Perintah Mahkamah
#polis
#roboh
#Taman Berkeley
#tanah kerajaan
#tindakan penguatkuasaan
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan