awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Retno harap MoU sempadan laut dan darat Malaysia-Indonesia dimuktamadkan tahun depan

Bernama
Bernama
29/12/2022
11:58 MYT
Retno harap MoU sempadan laut dan darat Malaysia-Indonesia dimuktamadkan tahun depan
Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (kiri) bersama rakan sejawatannya dari Indonesia, Retno Marsudi semasa sidang media bersama di Jakarta. - Gambar BERNAMA
JAKARTA: Indonesia berharap memorandum persefahaman (MoU) mengenai sempadan laut dan darat dengan Malaysia dimuktamadkan tahun depan, kata Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi.
Beliau berkata, rundingan sempadan di Laut Sulawesi dan bahagian paling selatan Selat Melaka telah dilakukan sejak 2005, begitu juga dengan sempadan darat di Pulau Sebatik milik Sabah di bahagian Malaysia dan Kalimantan Utara, di bahagian Indonesia.
"Kami mensasarkan pemeteraian MoU tahun depan," katanya di sidang media bersama Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir selepas mesyuarat dua hala, di sini, pada Khamis.
Mesyuarat turut membahas mengenai usaha merancakkan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan meningkatkan hubungan laut dan udara melalui koridor ekonomi Dumai-Melaka dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu di Medan.
"Saya juga mencadangkan kepentingan meningkatkan interaksi antara sektor swasta kita dengan menggiatkan semula Majlis Perniagaan Indonesia-Malaysia," kata Retno.
Zambry berada di Indonesia untuk lawatan rasmi tiga hari, diiringi Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Adlan Mohd Shaffieq dan Setiausaha Bahagian Asia Tenggara Wisma Putra, Roseli Abdul. - BERNAMA
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#sempadan laut dan darat
#Malaysia-Indonesia
#Retno Marsudi
#Zambry Abdul Kadir
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan