KULAI: Seorang ibu sempat tunduk untuk melindungi dua anak kecilnya apabila siling bumbung rumah musnah akibat dihempap pokok dalam kejadian ribut di Felda Bukit Permai, di sini, pagi tadi.
Najlaa Sueff, 37, berkata ketika kejadian dia sedang memasak di dapur manakala anak keempat dan kelimanya berada berdekatan dan masih tidur.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba dia mendengar jeritan suaminya Sasman Saadon, 44, dari luar rumah, supaya mencari perlindungan.
"Apabila dengar macam pokok nak tumbang, saya pergi kepada anak. Rupanya betul, saya sempat 'bersujud' selamatkan anak-anak saya. Syukur tak ada apa-apa," kata ibu anak lima itu kepada pemberita di rumahnya.
Katanya, dia merancang bersama suami untuk pergi mengundi di sekolah berhampiran pada waktu pagi tetapi terpaksa melewatkannya kerana musibah itu.
Sementara itu, Liyana Kamarudin, 37, berkata ketika kejadian dia cuma bersama tiga anaknya manakala suami keluar bekerja sebagai pemandu lori.
"Apabila angin kuat sangat, saya dengan anak-anak duduk di bilik ketakutan. Sebelum ini pernah terjadi tetapi tak seteruk ini. Lepas setengah jam, baru saya dan anak-anak berani keluar," katanya.
Meskipun dilanda bencana, Liyana sempat menunaikan tanggungjawab mengundi 11 pagi tadi di sekolah berhampiran.
Pemilik kedai makan Ashar Isnin, 56, pula berkata ini merupakan kali pertama kejadian ribut berlaku sepanjang 20 tahun berniaga di situ.
"Masa kejadian saya tengah layan pelanggan, adalah dalam lima enam orang, apabila tiba-tiba ribut, habis pelanggan saya bertempiaran lari. Tinggal saya, anak dan dua pembantu di sini," katanya yang sempat mengundi di pusat berhampiran.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor melawat mangsa terlibat dan menyampaikan sumbangan wang tunai RM500 serta bakul makanan.
Lebih 100 penduduk terjejas, manakala 19 rumah dan tiga premis kedai mengalami kerosakan susulan dihempap pokok dan bumbung rosak dalam kejadian ribut di Felda Bukit Permai serta kawasan sekitar antara 8 hingga 9 pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 19 2022
Keadaan rumah Najlaa yang mengalami kerosakan akibat dihempap pokok dalam kejadian ribut hari ini. - Gambar/ Twitter @Bernama
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Siklon Hidaya hampiri Tanzania
Tanzania berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Sabtu apabila Siklon Hidaya bergerak menghampiri kawasan pantai, membawa bersamanya hujan lebat, angin kencang dan ancaman ribut.
14 rumah terjejas ribut landa Kuala Muda
Antara kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Teluk Wang Besar, Kampung Teluk Wang Kechil, Kampung Bukit dan Kampung Masjid.
21 rumah rosak akibat ribut di Baling
Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 5 petang semalam bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Ribut musnahkan bumbung lima buah rumah di Sungai Petani
Lima buah rumah di tiga buah kampung di sini, mengalami kemusnahan bumbung akibat dilanda ribut yang berlaku secara berperingkat petang semalam.
Pulau Pinang siap siaga hadapi bencana susulan hujan lebat, angin kencang
Pasukan Pengurusan Bencana Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersiap siaga menghadapi sebarang bencana berikutan cuaca tidak menentu sejak semalam.
20 rumah rosak dibadai ribut
Kejadian berlaku ketika hujan renyai dan angin kencang hingga menyebabkan bumbung sebahagian rumah penduduk terjejas.
214 rumah rosak dipukul ribut di Segamat
Kejadian pada jam 4.45 petang itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
Menjelang minggu akhir Ramadan, Kota Mekah diramal hujan
Keadaan cuaca sama turut dijangkakan di Madinah, yang diramal hujan pada Selasa dan Rabu.
Enam rumah dibadai ribut waktu berbuka puasa
Tiga rumah yang terjejas adalah di Kampung Paya Salak, Mukim Serdang, dua di Kampung Kilang Batu dan satu di Kampung Tengah di Mukim Relau.