KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan negara akan mengalami ribut petir dan hujan lebat yang lebih kerap pada petang dan awal malam ketika fasa peralihan monsun bermula hujung September hingga pertengahan atau hujung Oktober ini.
Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata ia disebabkan oleh atmosfera yang tidak stabil sekali gus meningkatkan aktiviti perolakan dan membawa lebih banyak hujan khususnya di negeri-negeri pantai barat Semenanjung, barat Sarawak dan barat Sabah pada sebelah petang dan awal malam.
"Jangkaan jumlah hujan di negeri Pantai Timur semasa Peralihan Monsun pada Oktober 2021 ialah antara 200 hingga 400 mm," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, MetMalaysia turut menjangkakan empat hingga enam episod hujan lebat akan berlaku sepanjang Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh yang akan bermula pada awal November ini hingga Mac tahun hadapan.
Beliau berkata sepanjang Monsun Timur Laut, negeri-negeri Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu dijangka menerima hujan sedikit di atas paras purata pada November dan Disember manakala tempat lain dijangka menerima hujan pada paras purata.
Menurutnya, musim tengkujuh itu dijangka akan membawa lebih banyak hujan di Kelantan, Terengganu dan Pahang pada November hingga Disember manakala Johor, Sabah dan Sarawak pada Disember hingga Januari tahun hadapan.
"Jangkaan jumlah hujan tertinggi semasa Monsun Timur Laut 2021/2022 di Pantai Timur adalah pada November dan Disember 2021. Pada November 2021, taburan hujan yang dijangkakan ialah melebihi 600 mm di Kelantan dan Terengganu, manakala 200 hingga 400 mm di Pahang.
"Jangkaan jumlah hujan bulanan pada Disember 2021, masih melebihi 600 mm di Kelantan dan Terengganu serta 300 hingga 600 mm di Pahang," katanya.
Sementara itu, Muhammad Helmi menasihati penduduk di kawasan rendah dan biasa dinaiki air supaya lebih waspada apabila berlaku hujan lebat serta sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkaitan amaran dan ramalan cuaca melalui laman web dan media sosial MetMalaysia atau talian hotline 1-300-22-1638 serta aplikasi myCuaca.
"Orang awam juga dinasihatkan menyimpan dokumen-dokumen penting di tempat yang selamat dan mudah diambil apabila berlaku sesuatu kejadian buruk serta segera berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan apabila diarahkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 03 2021
Hujan lebih kerap dijangka berlaku di negeri-negeri pantai barat Semenanjung, barat Sarawak dan barat Sabah pada sebelah petang dan awal malam. - Gambar/ Bernama
PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka
Perdana menteri berkata ditambah dengan faktor lain, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Rompin rekod bacaan IPU tidak sihat
Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan pada 11 pagi tadi menunjukkan satu stesen mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat iaitu di Stesen Rompin, Pahang disebabkan kebakaran setempat.
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa 6 negeri
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di enam negeri sehingga jam 5 petang Rabu.
Beberapa kawasan di Subang, Sungai Buloh dilanda banjir
Hujan lebat yang melanda negeri ini petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Subang dan Sungai Buloh dinaiki air.
Gempa bumi kuat dikesan di Papua New Guinea
Pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 68km iaitu 30km tenggara dari New Britain Island.
Peralihan monsun: Orang ramai dinasihat peka perubahan cuaca
Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia susulan peralihan monsun.
Jeli, Gua Musang, Temerloh dilanda gelombang haba - MetMalaysia
Gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Ramalan awal MetMalaysia: Hujan lebat menjelang Aidilfitri
MetMalaysia meramalkan kemungkinan hujan lebat dan ribut petir akan berlaku di sesetengah negeri di Malaysia menjelang Aidilfitri nanti.
Permulaan fasa peralihan monsun dijangka pada 29 Mac ini - MetMalaysia
Keadaan cuaca panas dan kering yang dialami ketika ini di kebanyakan kawasan di seluruh negara dijangka beransur pulih menjelang pertengahan April.