KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Selasa berikutan kelemahan sokongan belian terhadap unit negara maju itu walaupun data ekonomi AS bertambah baik.
Pada 9 pagi ini, ringgit berada di paras 4.1505/1535 berbanding dolar AS daripada 4.1530/1555 pada akhir urus niaga Isnin.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata walaupun dolar AS susut, namun dari sudut teknikal unit negara maju itu berpotensi untuk mencatat pergerakan lebih positif selepas ini.
Menurutnya, apa yang menarik adalah paras rintangan pada 20 Okt, 2021 yang mencecah 4.1650 dan sebarang angka melepasi paras itu boleh menyaksikan ringgit-dolar AS ke paras 4.1930 dalam masa beberapa hari.
"Data ekonomi AS yang kukuh gagal melonjakkan unit negara maju itu selain nada Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jay Powell yang berubah sedikit, tetapi masih memberi jaminan terhadap dasar monetari AS.
"Kebimbangan utama pasaran adalah dari segi perubahan dasar monetari secara mendadak. Namun Fed terbukti memaparkan isyarat awal sebelum melaksanakan sebarang langkah dan berikutan itu dolar AS-ringgit kekal tanpa sebarang arah yang jelas," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, ringgit juga rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain sewaktu pasaran dibuka hari ini.
Ringgit berkurangan kepada 5.6268/6309 daripada 5.5991/6024 pada akhir urus niaga Isnin dan susut berbanding dolar Singapura pada 3.0792/0842 daripada 3.0765/0786, sebelum ini.
Unit tempatan itu juga rendah berbanding euro kepada 4.8067/8102 daripada 4.8000/8029 serta susut berbanding yen kepada 3.6662/6688 daripada 3.6606/6628, sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021
Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Selasa. -Gambar fail/Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit susut ke paras 4.7780/7810 berbanding dolar AS daripada 4.7750/7785 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit rendah berbanding dolar AS berikutan situasi tidak menentu meningkat
Katanya, Fed AS dilihat tidak tergesa-gesa meredakan pendirian dasar monetarinya dalam masa terdekat.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
Ringgit teruskan peningkatan, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7850/7885 berbanding dolar AS daripada 4.7910/7950 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.