Pekerja warga asing di beberapa tempat di Kuala Lumpur bagaikan terkejut dengan berita kenaikan gaji serta pembayaran levi yang perlu ditanggung sepenuhnya oleh mereka berkuat kuasa serta merta.
Tinjauan Astro Awani mendapati, rata-rata pekerja warga asing bimbang tidak mampu membayar kenaikan cukai yang harus ditanggung berikutan kadar hidup yang tinggi selain tidak diberi kenaikan gaji.
Menurut seorang warga negara Nepal, Jarezzani Kama Razmee yang bekerja sebagai pebantu di pasar raya di Jalan Pudu, dia lansung tidak mengetahui tentang kenaikan cukai ditetapkan kerajaan sehingga diberitahu rakan.
“Bagaimana untuk saya membayar kadar cukai yang meningkat RM40 hingga RM80 sebulan walhal harga pembaharuan permit yang terdahulu sebanyak RM1500 pun sangat sukar untuk dilangsaikan berikutan kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur,” kata Jarezzani.
Seorang lagi pekerja warga Bangladesh, Jamil Ahmad Najir berkata: "Kebiasaannya saya menghantar RM400 kepada keluarga saya di kampung halaman, namun kos itu terpaksa dikurangkan bagi menampung kenaikan cukai."
“Berikutan peningkatan kadar cukai yang perlu dibayar, saya terpaksa mengurangkan kos penghantaran kepada RM250 hingga RM300 sahaja sebulan kepada keluarga bagi mengelakkan perbelanjaan harian saya disini terganggu,” menurut Jamil.
Sementara itu, Junaidi Abdul Jalil yang bekerja sebagai pebantu di kedai makanan mendakwa, dengan gaji yang diterima buat masa kini sememangnya tidak mencukupi bagi menampung pembayaran cukai namun apabila bertanya tentang kenaikkan gaji kadar minimum kepada majikannya, dia sering dimarahi.
“Sewaktu saya bertanyakan kepada majikan tentang kenaikan gaji, pihaknya memarahi serta memberi ugutan akan dibuang kerja jika bertanya soal kenaikan gaji minimum terhadap mereka,” menurut Junaidi ketika ditemu ramah.
Tindakan pengusaha atau majikan mengendahkan kenaikan gaji minimum terhadap pekerja asing dilihat sebagai penambah bebanan sekaligus menyukarkan pekerja asing bagi membuat pembayaran cukai levi yang perlu ditanggung setiap pekerja.
Kabinet baru-baru ini memutuskan bahawa bayaran levi pekerja asing kini perlu ditanggung sepenuhnya oleh tenaga kerja itu dan bukan lagi majikan yang berkuat kuasa serta-merta.
Pada Rabu lalu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kadar perlu dibayar oleh golongan terbabit adalah antara RM34.16 hingga RM154.16 sebulan tidak sepatutnya membebankan mereka berbanding peningkatan gaji secara umumnya antara RM300 hingga RM500 (sebulan).
Ahmad Husni berkata dengan pelaksanaan (gaji minimum) semua pekerja termasuk pekerja asing akan dapat faedah lain seperti jumlah gaji kerja lebih masa, menjadikan pendapatan keseluruhan secara purata mencapai RM1,200 hingga RM1,500 sebulan.
Khairul Wasiril Aswad
Fri Feb 01 2013
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
GST- Barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah senarai itu perlu diwartakan supaya peniaga boleh struktur semula sistem perniagaan mereka.
Bajet 2015 sedang diperhalusi sebelum dibentangkan - Husni
Kementerian Kewangan sedang memperhalusi Bajet 2015 sebelum ia dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober depan.
Sistem belanjawan berasaskan hasil diperkenal tahun depan - Ahmad Husni
Kerajaan akan memperkenalkan sistem belanjawan berasaskan hasil (OBB) mulai tahun depan dalam usaha memastikan pengurusan kewangan di semua kementerian lebih efisien.
Tindakan tegas terhadap pegawai salah guna peruntukan --Ahmad Husni
Perkara itu perlu dipandang serius bagi mengelak ia berlarutan sehingga boleh menjejaskan prestasi dan pencapaian negara.
Kerajaan akan umum inisiatif perbelanjaan nilai bagi wang dalam belanjawan 2014
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata fasa pertama inisiatif itu akan melibatkan empat kementerian, termasuk Kementerian Kewangan.
Kerajaan naikkan kadar BR1M tahun depan - Ahmad Husni
Perkara itu akan diusul pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini, selain kerajaan turut melihat kemungkinan meletakkan BR1M sebagai inisiatif di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial.
Ekonomi Malaysia jangka berkembang 4.5 - 5.5 %
Kerajaan yakin ekonomi negara dapat berkembang 4.5 peratus hingga 5.5 peratus tahun ini dengan keputusan positif yang muncul daripada dasar fiskal dan ekonomi yang diuji masa.
Rintihan pekerja warga asing berkaitan kenaikan cukai
Kabinet memutuskan bahawa bayaran levi pekerja asing kini perlu ditanggung sepenuhnya oleh tenaga kerja yang berkuatkuasa serta merta.
Bayaran BR1M 2.0 bermula Februari ini
RM3 bilion telah diperuntukkan bagi agihan BR1M 2.0 kepada tujuh juta isi rumah dan individu bujang.
BR1M dibayar mulai 1 Februari
Sebanyak tujuh juta isi rumah dan individu bujang bakal memperoleh bayaran BR1M 2.0 mulai 1 Februari ini.