awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Risiko banjir kilat di Kedah, Selangor, Sabah dan Sarawak dalam tempoh 12 jam

Bernama
Bernama
12/10/2023
12:47 MYT
Risiko banjir kilat di Kedah, Selangor, Sabah dan Sarawak dalam tempoh 12 jam
Menurut JPS, notis kesiapsiagaan dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko supaya berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh 12 jam di beberapa daerah di Kedah, Selangor, Sabah dan Sarawak sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan terus berlaku.
JPS, dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan perkara itu berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS.
Di Kedah, lokasi yang berisiko banjir kilat ialah di daerah Padang Terap membabitkan mukim Padang Temak selain daerah Sik iaitu mukim Jemari dan mukim Sok.
Di Selangor, pula melibatkan daerah Petaling (Pekan Hicom, mukim Damansara) manakala Klang di mukim Klang, mukim Kapar, Pekan Pandamaran, Pekan Kapar serta kawasan sekitarnya.
Di Sabah, membabitkan daerah Sandakan iaitu Kampung Jaya Bakti manakala di Sarawak melibatkan sebahagian kawasan Samarahan dan sebahagian kawasan Kuching serta kawasan sekitarnya.
Menurut JPS, notis kesiapsiagaan dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko supaya berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.
Orang ramai boleh melayari laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook PublicInfoBanjir dan Twitter JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#risiko banjir kilat
#JPS
#notis kesiapsiagaan
#empat negeri
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan