awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
AMD sahkan Steam Machine akan mula dihantar awal tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab negatif: PAC akan panggil LTAT, tidak tolak panggil Menteri Pertahanan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
07/03/2024
04:45 MYT
Rizab negatif: PAC akan panggil LTAT, tidak tolak panggil Menteri Pertahanan
Menurut Mas Ermieyati (tengah) Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) amat bimbang dengan kedudukan kewangan LTAT selepas pendedahan daripada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) pada Rabu. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil pengurusan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) susulan pendedahan rizab LTAT berbaki negatif.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PAC juga tidak menolak kemungkinan memanggil Menteri Pertahanan dalam prosiding tersebut.
Menurutnya, PAC amat bimbang dengan kedudukan kewangan LTAT selepas pendedahan daripada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) pada Rabu.
Tambah beliau, prestasi kewangan yang tidak memberangsangkan itu juga mencetuskan persoalan kemampuan lembaga itu untuk membayar dividen kepada pencarum.
“Prosiding LTAT ini akan diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan PAC akan memanggil semua pihak yang berkaitan LTAT.
“Ia termasuklah tiga pengurusan tertinggi LTAT yang meletakkan jawatan iaitu mantan Pengerusi LTAT, mantan Ketua Pegawai Eksekutif LTAT dan mantan Pengarah Kanan Strategik LTAT.
“Jawatankuasa ini juga tidak menolak untuk memanggil Menteri Pertahanan selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap LTAT.
“Ini memandangkan isu ini amat kritikal membabitkan 122,935 pencarum sehingga 13 Mac 2023 yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia,” katanya.
Tambah beliau, selain LTAT, PAC juga akan memanggil Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) selepas prosiding LTAT selesai.
Topic Berkaitan
#LTAT
#LKAN
#PAC
#rizab LTAT negatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan