NATIONAL
RM1 juta diperuntuk jayakan kempen Baucar Buku Semarak Membaca

Menteri Perpaduan Aaron Ago Dagang berkata insentif ini bertujuan meringankan beban rakyat dalam pembelian bahan-bahan ilmiah serta menggalakkan perbelanjaan domestik bagi merancakkan lagi industri perbukuan negara. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara memaklumkan sebanyak RM1 juta diperuntukkan bagi menjayakan kempen Baucar Buku Semarak Membaca.
Ringkasan AI
- Kementerian Perpaduan Negara memperuntukkan RM1 juta untuk kempen Baucar Buku Semarak Membaca.
- Kempen ini bertujuan meringankan beban rakyat dalam pembelian bahan ilmiah dan menggalakkan perbelanjaan domestik.
- Baucar buku boleh ditebus dengan pembelian minimum RM20 ke atas buku tempatan melalui portal https://semarakmembaca.com/.
“Kerajaan MADANI sentiasa komited dalam usaha untuk meringankan beban rakyat, terutamanya dalam aspek pendidikan dan akses kepada sumber ilmu
“Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuklah pemberian baucar buku, yang bukan sahaja membantu meringankan kos pembelian bahan bacaan, malah secara langsung dapat memupuk dan memperkasa budaya membaca dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Kementerian Perpaduan turut menyatakan penghargaan kepada syarikat Shopee selaku rakan e-dagang rasmi PNM kerana memudahkan penebusan baucar serta memperluas akses kepada buku berkualiti.
Para penggemar buku layak untuk menebus baucar tersebut dengan pembelian minimum RM20 ke atas buku tempatan atau diterbitkan dalam negara sahaja.
Baucar buku tersebut boleh ditebus di Pesta Buku Negeri yang terlibat melalui portal https://semarakmembaca.com/
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami