awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM1.02 juta untuk pelajar-pelajar cemerlang Terengganu

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2015
10:07 MYT
RM1.02 juta untuk pelajar-pelajar cemerlang Terengganu
AHMAD RAZIF: Jumlah itu adalah yang tertinggi pernah direkodkan sejak Penganugerahan Sarjana Terengganu, Yayasan Terengganu mula diperkenalkan pada 1998.
Kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM1.02 juta pada tahun ini sebagai rangsangan kepada 313 anak negeri yang mencatatkan keputusan terbaik di peringkat ijazah pertama di universiti dalam dan luar negeri dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.75 ke atas.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata jumlah itu adalah yang tertinggi pernah direkodkan sejak Penganugerahan Sarjana Terengganu, Yayasan Terengganu mula diperkenalkan pada 1998.
"Kita telah memberi anugerah kepada 314 graduan kita yang diketuai oleh Dr Mohd Firdaus, bekas pelajar tajaan kita daripada A-Level hingga ke pengajian falsafah kedoktoran (PHD).
"Diikuiti dengan 313 pelajar yang lain dibawah program ikhtisas. Kita beri RM5,000 yang bukan di bawah program ikhtisas, diberikan sebanyak RM3,000," tambah beliau ketika menghadiri Majlis Penganugerahan Sarjana Terengganu Kali Ke-17 Di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini.
Ahmad Razif berkata, peningkatan yang didorong oleh pertambahan berganda bilangan penerima hadiah kecemerlangan itu adalah indikator yang membuktikan daya saing anak Terengganu semakin tinggi dalam mencipta serta mencorak kejayaan.
BACA: Firdaus Samsudin bakal bertugas di University Of Southampton
Topic Berkaitan
#Ahmad Razif
#anak Terengganu
#rangsangan pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan