awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM1.4 juta kompaun kesalahan merokok dikeluarkan sepanjang Mac - KKM

Bernama
Bernama
20/04/2024
20:45 MYT
RM1.4 juta kompaun kesalahan merokok dikeluarkan sepanjang Mac - KKM
Kementerian Kesihatan mengeluarkan 5,549 kompaun dengan nilai tawaran berjumlah RM1.4 juta susulan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. - Gambar hiasan/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 5,549 kompaun dengan nilai tawaran berjumlah RM1.4 juta susulan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata jumlah kompaun itu merupakan hasil aktiviti penguatkuasaan kementerian terhadap 18,178 premis yang dilawati sepanjang Mac lepas dengan sejumlah 8,926 notis kesalahan dikeluarkan.
"Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi, sebanyak 3,816 tawaran kompaun bernilai RM1.91 juta telah dikeluarkan dengan purata RM500 setiap kompaun," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Dr Muhammad Radzi berkata 642 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan sebanyak 95 kes telah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM180,600.
Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Makanan 1983 pula, Dr Muhammad Radzi berkata sebanyak 33,473 premis makanan telah diperiksa.
"Jumlah premis makanan yang diberi perintah penutupan sementara di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 ialah 124 iaitu 0.37 peratus daripada keseluruhan premis makanan yang diperiksa," katanya.
Beliau berkata tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh KKM adalah sebagai suatu langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Radzi Abu Hassan
#kompaun kesalahan merokok
#premis makanan
#larangan merokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan