awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM19.09 juta peruntukan penyelenggaraan SJK Tamil tahun ini - Wong

Bernama
Bernama
23/08/2025
06:12 MYT
RM19.09 juta peruntukan penyelenggaraan SJK Tamil tahun ini - Wong
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh (empat, kiri) menyampaikan replika cek Peruntukan Penyelenggaraan Tahunan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Klebang hari ini. - Foto Bernama
IPOH: Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan sebanyak RM19.09 juta bagi tujuan penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) di seluruh negara pada tahun ini.

Ringkasan AI
  • RM19.09 juta diperuntukkan oleh KPM untuk penyelenggaraan SJKT berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) di seluruh negara, meningkat daripada RM18.15 juta pada tahun sebelumnya.
  • SJKT di Perak menerima RM4.43 juta, naik daripada RM4.13 juta pada 2024. Sebanyak RM810,000 disalurkan kepada lapan SJKT di daerah Kinta Utara.
  • Digunakan untuk kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan prasarana sekolah agar lebih selamat, kondusif dan selesa.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata jumlah itu meningkat berbanding RM18.15 juta yang diperuntukkan kepada semua SJKT yang membuat permohonan pada tahun lepas.
"Bagi Perak sahaja, SJKT menerima peruntukan sebanyak RM4.43 juta pada tahun ini, meningkat daripada RM4.13 juta pada 2024.
"Kesemua peruntukan membabitkan SJKT ini juga akan digunakan oleh pihak sekolah dalam membuat penyelenggaraan atau penambahbaikan yang diperlukan oleh sekolah masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Peruntukan Penyelenggaraan Sekolah Bantuan Kerajaan PPD Kinta Utara di sini, hari ini.
Terdahulu, Wong menyampaikan peruntukan berjumlah RM810,000 kepada lapan SJKT di dalam daerah Kinta Utara pada majlis yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri A. Sivanesan.
Wong berkata peningkatan jumlah peruntukan kepada SJKT juga membuktikan usaha berterusan kerajaan untuk menambah baik prasarana sekolah agar selamat, kondusif dan selesa digunakan.
"Matlamat kita jelas, iaitu memastikan akses pendidikan sampai kepada semua tanpa mengira latar belakang, aliran dan lokasi. Peruntukan ini adalah sebahagian daripada usaha membina masa depan anak-anak kita dengan lebih terjamin," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
#peruntukan penyelenggaraan
#Kementerian Pendidikan
#Wong Kah Woh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan