awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM24.3 juta disyaki terlibat aktiviti penipuan kewangan dalam talian dibeku

Bernama
Bernama
09/03/2023
06:28 MYT
RM24.3 juta disyaki terlibat aktiviti penipuan kewangan dalam talian dibeku
Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong berkata jumlah itu diperoleh hasil aduan yang diterima oleh Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) berhubung kegiatan penipuan wang. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa telah membekukan sejumlah RM24.3 juta yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram termasuk aktiviti penipuan kewangan dalam talian.
Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong berkata jumlah itu diperoleh hasil aduan yang diterima oleh Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) berhubung kegiatan penipuan wang.
"Sejak NSRC beroperasi pada 12 Oktober 2022 hingga 31 Januari 2023, sebanyak 16,752 panggilan aduan diterima merangkumi pelbagai kes penipuan, juga termasuk panggilan berkaitan khidmat nasihat isu scam," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang bertanya soalan berhubung langkah diambil kerajaan mengatasi masalah penipuan dalam talian.
Menurut Sim berdasarkan aduan diterima NSRC, pihak Polis Diraja Malaysia telah membuka 751 kertas siasatan bagi kesalahan penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sebanyak 24 kertas siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 telah dibuka, tambah beliau.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#pengubahan wang haram
#Steven Sim Chee Keong
#Dewan Rakyat
#penipuan dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan