awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli perniagaan rugi RM1.25 juta terperdaya pelaburan klon
PKR adakan Kongres Nasional di Melaka pada 25-28 Jun
Barat berdepan "kesan buruk" jika penduduk Palestin diusir dari Gaza - Al-Sisi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM2.6 juta diperuntuk untuk 37 projek RT Progresif di Kelantan

Bernama
Bernama
25/01/2026
12:30 MYT
RM2.6 juta diperuntuk untuk 37 projek RT Progresif di Kelantan
Menurut Zarina, inisiatif itu bertujuan membantu meningkatkan pendapatan serta merancakkan ekonomi sara diri masyarakat setempat. - Gambar fail
GUA MUSANG: Kementerian Perpaduan Negara memperuntukkan sebanyak RM2.6 juta bagi pelaksanaan 37 projek Rukun Tetangga (RT) Progresif di seluruh Kelantan sejak 2024 hingga kini.

Ringkasan AI
  • Kementerian Perpaduan Negara alokasikan RM2.6 juta untuk 37 projek RT Progresif di Kelantan sejak 2024.
  • Projek tersebut bertujuan tingkatkan pendapatan dan merancakkan ekonomi sara diri masyarakat setempat.
  • Projek RT Progresif merangkumi pelbagai perusahaan dalam sektor penternakan dan pertanian komuniti, seperti penternakan rusa, tanaman fertigasi, ayam belanda, lembu, kambing, ikan air tawar, dan pengeluaran madu kelulut.

.Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kelantan, Zarina Zakaria berkata projek RT Progresif dilaksanakan melalui pemberian geran sebagai suntikan dana bagi memperkasa projek ekonomi sedia ada yang diusahakan oleh komuniti Rukun Tetangga.
Menurutnya, inisiatif itu bertujuan membantu meningkatkan pendapatan serta merancakkan ekonomi sara diri masyarakat setempat.
"Peruntukan ini bukan bertujuan sebagai dana permulaan, sebaliknya untuk mengembangkan dan memantapkan peluang ekonomi yang telah wujud dalam komuniti Rukun Tetangga.
"Daripada lapan bidang yang ditetapkan dalam pelaksanaan RT Progresif, dua adalah wajib iaitu komuniti mesti mempunyai projek ekonomi sedia ada serta aktif melaksanakan rondaan sukarela. Bidang lain merangkumi aktiviti sokongan komuniti dan pengukuhan perpaduan," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke projek ternakan rusa di Kampung Kundur, di sini hari ini.
Zarina berkata projek RT Progresif merangkumi pelbagai perusahaan dalam sektor penternakan dan pertanian komuniti, antaranya penternakan rusa, tanaman fertigasi, ayam belanda, lembu, kambing, ikan air tawar serta pengeluaran madu kelulut.
Di daerah Gua Musang, katanya, dua projek RT Progresif sedang dilaksanakan iaitu projek penternakan ikan air tawar di Kampung Batu Papan dan penternakan rusa di Kampung Kundur.
Beliau berharap lebih banyak projek RT Progresif dapat diwujudkan di daerah itu dengan sokongan berterusan daripada pihak berkuasa peringkat daerah dan negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sektor penternakan
#ikan air tawar
#rondaan sukarela
#aktiviti sokongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan