awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM3.8 juta aset sindiket dadah disita

Sinar Harian
Sinar Harian
27/09/2022
23:15 MYT
RM3.8 juta aset sindiket dadah disita
Dadah yang dilupuskan JSJN Negeri Sembilan. - Foto PDRM
PORT DICKSON: Sejumlah RM3.8 juta aset milik sindiket pengedaran dadah disita Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kejayaan itu susulan penangkapan seramai 4,336 individu berkaitan dadah dalam tempoh sama.
"Secara keseluruhannya JSJN berjaya menahan 549 pengedar dadah, 1,350 tangkapan atas kesalahan pemilikan dadah dan 2,437 individu atas kesalahan penyalahgunaan bahan berbahaya itu.
"Dalam tempoh tersebut, sebanyak 2,531 kertas siasatan telah selesai perbicaraan membabitkan nilai rampasan dadah anggaran bernilai RM270,680," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Selasa.
Selain itu katanya, JSJN telah melupuskan kesemua dadah terbabit dalam majlis pelupusan di Pusat Kualiti Alam Sdn Bhd, Bukit Pelandok di Port Dickson pada Selasa.
Ujarnya, pelupusan dadah itu membabitkan 11 kilogram (kg) heroin (RM147,400), 9kg ganja (RM22,500), 8kg methaphetamine (RM288,000), 158 gram ketamin (RM23,700) dan 2.5 kg eramin 5 (RM187,500).
"Turut dilupuskan adalah 135 gram pil ekstasi (RM6,750), 1,600 kg daum ketum (RM16,000), 2,753 liter air ketum (RM27,530) dan 13 liter kodein (RM1,300). Nilai keseluruhan adalah RM270,680," katanya.
Tambah Ahmad Dzaffir, JSJN Negeri Sembilan amat serius dalam misi membanteras dadah habis-habisan dengan memfokuskan tangkapan terhadap pengedah dadah yang aktif dan melumpuhkan ekonomi mereka dengan menyita aset yang dimiliko melalui aktiviti yang menyalahi undang-undang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#sindiket pengedaran dadah
#Ahmad Dzaffir Mohd Yussof
#aset
#JSJN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan