awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM50 juta selenggara rumah ibadat bukan Islam tahun ini - Nga

Bernama
Bernama
11/07/2025
15:00 MYT
RM50 juta selenggara rumah ibadat bukan Islam tahun ini - Nga
Nga berkata pada tahun lepas, kementeriannya telah meluluskan sebanyak RM4.81 juta untuk 35 buah RIBI di seluruh negara melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan, naik taraf dan baik pulih. - Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi melaksanakan Inisiatif Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di seluruh negara tahun ini.
Peruntukan itu disalurkan menerusi Belanjawan 2025, khusus untuk tujuan penyelenggaraan dan baik pulih rumah ibadat bukan Islam demi memberikan keselesaan kepada penganut menjalankan aktiviti keagamaan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kementeriannya diberi mandat untuk melaksanakan inisiatif tersebut secara berperingkat di seluruh negara.
"Setakat Isnin lepas, sejumlah RM2.7 juta telah diluluskan kepada 15 buah RIBI di Sabah. Saya difahamkan masih terdapat beberapa permohonan lagi yang sedang diproses.
"Saya berharap akan lebih banyak permohonan akan diterima bagi memastikan bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya," katanya pada majlis penyerahan bantuan berkenaan kepada Basel Christian Church of Malaysia, Petagas, di sini hari ini.
Nga berkata pada tahun lepas, kementeriannya telah meluluskan sebanyak RM4.81 juta untuk 35 buah RIBI di seluruh negara melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan, naik taraf dan baik pulih.
Menurut beliau pelaksanaan inisiatif tersebut membuktikan komitmen kerajaan dalam memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
"Kementerian akan terus melaksanakan program ini secara profesional , cekap dan telus supaya peruntukan diagihkan secara adil dan saksama kepada organisasi RIBI yang layak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktiviti keagamaan
#Belanjawan 2025
#RIBI
#berbilang kaum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan