BAGAN DATUK: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Model Pengeluaran Getah Negara (Petara).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata Petara, merupakan model hala tuju baharu RISDA dalam usaha memastikan sektor getah menuju kelestarian melalui Aspirasi Desa MADANI, yang diperkenalkan kerajaan.
"Ia bertujuan melakukan pengeluaran semula hasil getah, kita bincang untuk tambah pendapatan pekebun kecil getah melalui 257,000 hektar tanah, yang tidak digunakan atau tidak digunakan sepenuhnya kerana tidak cukup pekerja di seluruh negara," katanya selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi RISDA Manndzri Nasib.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata Melalui program itu RISDA akan mencari mekanisme baharu bagaimana penghasilan getah dapat dipertingkat termasuk mencari penyelesaian mencari tenaga kerja menggantikan pekebun yang kebanyakannya telah berusia.
Beliau berkata selain itu RISDA juga akan mengkaji alternatif produk tanaman lain, selain getah yang berpotensi menjana pendapatan kepada pekebun kecil getah.
"Melalui model ini (Petara) kita jangkakan hasil pulangan akan dapat dalam masa setahun sehingga tiga tahun, iaitu satu tempoh yang cepat bagi memastikan hasil kepada pekebun kecil getah," katanya.
Sementara itu dalam majlis sama Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan tanggungjawab sosial RISDA, kepada enam pusat pendidikan di Bagan Datuk berjumlah RM50,000.
Turut menerima sumbangan ialah 1,500 asnaf dari Parlimen Bagan Datuk.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan peruntukan bagi program pembangunan getah negara sebanyak RM57.169 juta kepada Ketua Pengarah Risda Datuk Abdullah Zainal pada Majlis Santunan Kasih Ramadan. - Foto BERNAMA
Remaja lelaki dihanyutkan arus deras di Sungai Neram ditemukan lemas
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Neram di Felda Neram 1 dekat sini petang semalam, ditemukan lemas pagi ini.
Usahawan mikro jana RM23 juta peningkatan hasil jualan - INSKEN
Peningkatan itu disumbangkan melalui pelaksanaan program bimbingan institusi itu sepanjang tahun 2024 melibatkan 19 program IBBC dan lima program Bimbingan Keuntungan Menu.
Rumah Mesra Rakyat ambil kira keperluan warga emas, OKU - Aiman Athirah
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu memberitahu Parlimen, Rumah Mesra Rakyat (RMR) mengambil kira keperluan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Aiman Athirah memberitahu bagi konteks reka bentuk, SPNB telah mengambil kira keperluan-keperluan ruang untuk penghuni dengan merujuk kepada Standard Perumahan Kebangssan (CIS 26) 2019.
Aiman Athirah memberitahu bagi konteks reka bentuk, SPNB telah mengambil kira keperluan-keperluan ruang untuk penghuni dengan merujuk kepada Standard Perumahan Kebangssan (CIS 26) 2019.
19,417 unit rumah Rumah Mesra Rakyat telah siap dibina - Aiman Athirah
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu memberitahu Parlimen, sejak 2020 hingga kini Kerajaan telah memperuntukkan geran kepada SPNB sebanyak RM1.68 bilion dengan kebolehlaksanaan 20,328 unit rumah untuk Program Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Aiman Athirah memaklumkan Kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20,000 untuk Program Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR), manakala kos selebihnya adalah pinjaman tanpa faedah melalui SPNB.
Aiman Athirah memaklumkan Kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20,000 untuk Program Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR), manakala kos selebihnya adalah pinjaman tanpa faedah melalui SPNB.
AWANI Ringkas: RUU dapat sokongan majoriti
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pencalonan Pengarah Terbaik FFM-33 pengiktirafan usaha keras pasukan - Sabri Yunus
Sabri Yunus anggap pencalonannya dalam Top 5 kategori Pengarah Terbaik pada FFM ke-33 pengiktirafan pada pasukan produksi filem Duan Nago Bogho.
Ringgit lebih rendah daripada dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit susut kepada 4.4650/4750 daripada dolar AS daripada 4.4675/4720 semasa ditutup pada Selasa.
LBS terima anugerah Deloitte buat kali ketiga, bukti kepimpinan dan komitmen mampan
LBS Bina Group Berhad, syarikat terkemuka dalam sektor pembinaan dan pembangunan hartanah, berjaya merangkul Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik (Malaysia) 2024 oleh Deloitte.
Tiada fasiliti, stadium baharu untuk sukan SEA 2027 - Adam Adli
Kerajaan akan menaik taraf kemudahan-kemudahan sedia ada sukan untuk kegunaan pada 2027 termasuk di Sarawak.
I-Nation Global Summit 2024: Tindakan proaktif agensi, pacu ekosistem inovasi
Ketua Pegawai Ekosistem MRANTI, Safuan Zairi, berkongsi pandangan mengenai peranan strategik agensi dalam memperkukuhkan ekosistem inovasi. Pengalaman luas beliau dalam memacu kerjasama antara sektor awam, swasta, dan akademia menjadi asas penting sesi ini, yang akan meneroka bagaimana sinergi pelbagai pihak mampu mencipta impak besar dalam menjana inovasi berteraskan misi untuk manfaat masyarakat dan negara.
Cadangan tempatkan FELDA bawah KKDW akan dibawa ke Kabinet
Cadangan supaya FELDA ditempatkan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan dikemukakan kepada Kabinet untuk dibincangkan.
Semua syarikat agensi KKDW rekod keuntungan tahun ini
Prestasi itu jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini apabila semuanya berjaya merekodkan hasil positif pada tahun ini.
KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk - TPM Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM46.2 juta bagi membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bagan Datuk.
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
RISDA cadang tubuh tabung perkasa komuniti pekebun kecil getah
RISDA akan mencadangkan kepada KKDW penubuhan tabung khas bagi memperkasakan kemakmuran lebih 500,000 pekebun kecil getah di seluruh negara.
KKDW sasar 1,200 peserta terima manfaat program Pendigitalan Usahawan Desa tahun ini
RM1.7 juta diperuntukkan bagi memberi pendedahan kepada usahawan desa untuk beralih kepada teknologi baharu dan digital.
KPKM rancang jadikan Orang Asli penggerak tanaman durian berskala besar - Mohamad
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam perancangan menjadikan masyarakat Orang Asli sebagai antara penggerak utama bagi penanaman durian berskala besar di negara ini.
Sebuah institusi di bawah KBS, KKDW dijadikan pusat latihan TVET e-sports
Sebuah institusi TVET di bawah KBS dan KKDW akan 'diubah wajah' dan dijadikan pusat latihan TVET sukan elektronik atau e-sports.
KKDW sasar lima PKD Mobile tahun ini
Rubiah berkata, ia berdasarkan sambutan baik masyarakat setempat terhadap program tersebut yang diadakan di tiga lokasi tahun lepas.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.