awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM7 juta bina jambatan, selesai masalah air di Kampung Orang Asli, Jeram Padang

Bernama
Bernama
04/08/2023
01:20 MYT
RM7 juta bina jambatan, selesai masalah air di Kampung Orang Asli, Jeram Padang
Mohd Zaidy (kanan) beramah mesra dengan penduduk ketika hadir pada Majlis Sehati Sejiwa bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Panchor di Jempol, semalam. --fotoBERNAMA
JEMPOL: Kerajaan secara dasarnya meluluskan peruntukan hampir RM7 juta untuk pembinaan jambatan dan pembekalan air bersih bagi Kampung Orang Asli (KOA) di kawasan Jeram Padang, dekat sini kata Pengerusi Sekretariat Pembangunan Ekonomi dan Usahawan Masyarakat Orang Asli Datuk Ramli Mohd Nor.
Beliau berkata pembinaan jambatan berkenaan yang menghubungkan Kampung Panchor dan Kampung Batu Peti, bakal memendekkan perjalanan penduduk kira-kira 15 minit, manakala pembekalan air bersih pula dilaksanakan di Kampung Sungai Kelebang, Jeram Padang, Sungai Raya, Temarom dan Lubuk Temenggalan.
"Saya diminta menyampaikan usaha Ahli Parlimen Jempol ini... dengan izin Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, saya ingin memaklumkan RM1.5 juta untuk pembinaan jambatan tersebut, manakala perbelanjaan pembekalan air bersih melibatkan lebih RM5 juta," katanya ketika di Majlis Sehati Sejiwa bersama Orang Asli di Kampung Orang Asli Panchor, di sini semalam.
Turut hadir pada majlis berkenaan Ahli Parlimen Jempol Datuk Shamshulkahar Mohd Deli dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir.
Dalam pada itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung JPKK Orang Asli Kampung Panchor Baharyn Ayon, 55, berkata pembinaan jambatan itu, akan dapat memendekkan perjalanan penduduk di kedua-dua kampung tersebut, untuk ke kebun atau bertemu saudara mara.
"Kalau tiada usaha untuk membina jambatan itu, kami perlu mengambil masa setengah jam perjalanan dan perlu melalui jalan besar, apabila siap jambatan ini, kira-kira 15 minit sahaja boleh sampai," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Mohd Zaidy ketika ditemui tampil bersemangat menyantuni penduduk, meskipun perlu berkempen berkerusi roda akibat patah kaki kirinya, selepas terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.
"Alhamdulillah bengkak di kaki semakin berkurang dan dapat bergerak berkempen seperti biasa, saya menggunakan kerusi roda. Saya akan berusaha bertemu seramai mungkin pengundi di kawasan ini, namun terdapat sedikit kekangan, dalam keadaan sebegini saya tidak boleh pergi tempat yang tidak rata," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Negeri Sembilan
#Orang Asli
#Mohd Zaidy Abdul Kadir
#Ramli Mohd Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan