awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM8 juta peruntukan baik pulih 13 klinik kesihatan di Melaka

Bernama
Bernama
16/03/2025
21:30 MYT
RM8 juta peruntukan baik pulih 13 klinik kesihatan di Melaka
Hee Sem berkata kerja baik pulih itu, antaranya membabitkan KK Ujong Pasir dan KK Jalan Gereja, Banda Hilir. - Foto fail/Astro AWANI
MELAKA: Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM8 juta bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih di 13 Klinik Kesihatan (KK) di Melaka pada tahun ini.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata kerja baik pulih itu, antaranya membabitkan KK Ujong Pasir dan KK Jalan Gereja, Banda Hilir.
"Kita telah melawat kesemua KK itu dan melihat persekitaran serta fasiliti di situ perlu ditambah baik dalam tempoh terdekat untuk memastikan keselesaan pesakit yang menerima rawatan dan juga petugas," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian selepas Program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Ramadan peringkat negeri anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
Ngwe berkata pada masa kini projek itu di peringkat buka tender dan berharap proses berkenaan tidak mengambil masa lama memandangkan kerja baik pulih perlu dilakukan segera.
"Kita di pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) amat berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan atas kelulusan diberikan itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#peruntukan
#Klinik kesihatan
#Ngwe Hee Sem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan