awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM8.79 bilion diperuntuk laksana 86 projek pembangunan dalam RP5 RMK12 di Sabah - Fadillah

Bernama
Bernama
13/07/2025
20:00 MYT
RM8.79 bilion diperuntuk laksana 86 projek pembangunan dalam RP5 RMK12 di Sabah - Fadillah
Fadillah berkata peruntukan berkenaan disalurkan sehingga Rolling Plan Kelima (RP5) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memperuntukkan sebanyak RM8.79 bilion bagi melaksanakan 86 projek pembangunan di Sabah setakat Jun 2025.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata peruntukan berkenaan disalurkan sehingga Rolling Plan Kelima (RP5) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
"Sabah mendapat peruntukan yang agak besar dalam peruntukan kerajaan Malaysia. Ini adalah komitmen kita, sudah pasti dua perkara utama yang kita akan selesaikan di Sabah iaitu masalah air dan tenaga.
"Sebab sekiranya tiada tenaga dan air, maka tidak akan berlaku pertumbuhan ekonomi di Sabah," katanya ketika berucap pada Sesi Libat Urus PETRA Bersama Media Sabah 2025 di sini, Isnin malam.
Beliau berkata Kerajaan MADANI sentiasa berusaha untuk memastikan Sabah terus makmur bersama dalam keluarga besar Malaysia, maka kemajuan Sabah bukan hanya tanggungjawab negeri ini tetapi menjadi amanah seluruh negara.
"Dengan hubungan Persekutuan dan negeri yang kukuh, kita dapat membina sebuah negeri dan negara yang lebih makmur, adil dan lestari dengan sokongan media yang bebas dan berintegriti serta dengan sokongan rakyat yang bersatu hati," katanya.
Sementara itu, Fadillah berkata sesi libat urus berkenaan bertujuan sebagai platform untuk pihak media memahami dengan lebih baik peranan PETRA bersama agensi-agensi di bawah naungannya.
"Kami menganjurkan program ini dengan tujuan untuk mewujudkan keakraban dan mengukuhkan hubungan antara media serta pihak pengurusan tertinggi PETRA," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petra
#projek pembangunan di Sabah
#RMK
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan